Harian Metro

Berisiko putih mata

- Mohd Iskandar Ibrahim dan Kalbana Perimbanay­agam cnews@nstp.com.my

Beberapa calon parti pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang kini berdepan tuduhan jenayah berisiko hilang kelayakan menjadi wakil rakyat sekiranya memenangi kerusi yang ditandingi.

Antaranya ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Jannie Lasimbang dari DAP, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Ahli Jawatankua­sa PKR Johor, Steven Choong Shiau Yoon; Ketua Biro Undang-undang PKR, R Sivarasa dan ahli PKR, Mat Shuhaimi Shafiei.

Felo Penyelidik (Undang-Undang dan Perlembaga­an) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata, mengikut Perkara 48 Perlembaga­an Persekutua­n, seseorang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampuna­n.

“Selagi mereka tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah, mana-mana individu layak bertanding, jika mereka didapati bersalah selepas mereka memenangi kerusi pula, kelayakan sebagai wakil rakyat akan terlucut.

“Justeru, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) harus mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK),” katanya ketika dihubungi.

Muhammad Fathi berkata, walaupun masih boleh bertanding, mana-mana calon yang menghadapi pertuduhan atau menunggu rayuan di mahkamah, tetap berdepan risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat jika memenangi kerusi ditandingi.

Portal berita Free Malaysia Today (FMT) melaporkan sekurang-kurangnya tujuh calon DAP dan PKR bertanding kerusi DUN dan Parlimen walaupun menghadapi pertuduhan jenayah.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan bertanding di Parlimen Bagan dan DUN Air Putih di Pulau Pinang, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai sogokan atau RM10,000 atas tuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk mendapatka­n keuntungan dengan menukar status tanah pertanian kepada perumahan.

Beliau juga berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali atas tuduhan membeli sebuah banglo di bawah nilai pasaran dengan Mahkamah Tinggi menetapkan 21 Mei depan untuk menyambung semula perbicaraa­n.

Seorang lagi calon DAP bagi DUN Kepayan di Sabah pula, Jannie sedang menunggu keputusan rayuan terhadap dua pertuduhan mengikut Akta Perhimpuna­n Aman (APA) 2012.

Steven Choong yang bertanding di Parlimen Tebrau, disabitkan kesalahan kerana mengambil bahagian dalam perhimpuna­n berhampira­n stesen minyak di Johor Bahru pada 21 Mei 2013, namun pihak pendakwaan kini sedang membuat rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap denda RM1,500 yang dikenakan Mahkamah Tinggi.

Shamsul Iskandar yang bertanding di Parlimen Hang Tuah Jaya dan DUN Machap Jaya berdepan tuduhan mengikut APA 2012 menyertai tunjuk perasaan di rumah ibadat dengan perbicaraa­n kes itu sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

 ??  ?? LIM
LIM
 ??  ?? SHAMSUL Iskandar
SHAMSUL Iskandar
 ??  ?? SIVARASA
SIVARASA
 ??  ?? MAT Shuhaimi
MAT Shuhaimi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia