Harian Metro

DOKTOR TEMBERANG

- Agensi

Seorang remaja berusia 19 tahun berjaya menyamar sebagai doktor di sebuah hospital terkemuka di India selama lima bulan dengan bergaul dengan doktor sebenar dan berlegar-legar dengan memakai penutup muka dan stetoskop.

Walaupun tidak pernah mengambil jurusan perubatan, Adnan Khurram berjaya menyamar sebagai doktor pelatih di Institut Sains Perubatan Seluruh India (AIIMS) dan menipu kakitangan di hospital itu.

Dia juga menyamar sebagai Dr Adnan Khurram di Instagram dan turut terbabit dalam politik di AIIMS serta mengambil bahagian dalam beberapa program yang dianjurkan di hospital berkenaan. Rio de Janeiro: Seorang peminat bola sepak di Brazil membuat tatu jersi rasmi kelab bola sepak pada badannya sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi pada pasukan yang dicintainy­a itu.

José Maurício dos Anjos, 30, menjadi perhatian di Brazil selepas dia membuat tatu jersi rasmi kelab bola sepak Flamengo pada keseluruha­n badannya.

Seorang artis tatu dilaporkan mengambil masa selama 90 jam untuk menyiapkan tatu jersi pada badan Anjos.

Tatu jersi dengan garisan hitam merah itu lengkap dengan lambang kelab bola sepak Flamengo di dada kiri dan nombor 10 di belakangny­a.

Anjos memberitah­u media Brazil, sejak kecil lagi dia mengimpika­n untuk memiliki

Malah, dia juga dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk doktor di hospital berkenaan.

“Dia akan berlegar-legar dengan memakai kot makmal dan stetoskop sepanjang masa. Dia juga memberitah­u doktor lain bahawa dia adalah doktor pelatih atau pelajar perubatan,” kata presiden persatuan doktor AIIMS, Harjit Singh kepada Hindustan Times.

Pada mula semuanya berjalan lancar buat Khurram tetapi lama kelamaan doktor lain mula curiga kerana

 5 bulan menyamar sebagai pegawai perubatan di hospital

melihat lelaki itu mempunyai terlalu banyak masa untuk berada di kafe dan sering menyertai program dianjurkan hospital serta institusi lain.

Kebanyakan doktor bertugas dalam syif hingga 20 jam dan sering kekurangan tidur serta rehat, namun Khurram sentiasa lapang.

“Kami hairan melihat dia menghadiri setiap program yang dianjurkan AIIMS dan institusi perubatan lain. Dia juga sering melepak di kedai kopi atau asrama doktor setiap petang.

“Kami mula tertanya bagaimana dia mempunyai terlalu banyak masa,” katanya.

Selepas diselidik pihak hospital mendapati Khurram tiada dalam senarai doktor dan dia ditangkap polis pada minggu lalu selepas menyertai acara maraton yang dianjurkan AIIMS.

Ketika disoal siasat, Khurram berkata, dia menyamar kerana suka bergaul dengan doktor dan berharap dapat menjadi doktor sebenar satu hari nanti.

 ??  ?? KHURRAM ditangkap ketika
menyertai acara maraton anjuran AIIMS pada minggu
lalu. - Agensi
KHURRAM ditangkap ketika menyertai acara maraton anjuran AIIMS pada minggu lalu. - Agensi
 ??  ?? KHURRAM berjaya menyamar
sebagai doktor dengan memakai penutup muka dan stetoskop ketika berada
di hospital. - Agensi
KHURRAM berjaya menyamar sebagai doktor dengan memakai penutup muka dan stetoskop ketika berada di hospital. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia