Harian Metro

‘Positif anabolik steroid’

ADAMAS, PABM sahkan seorang atlet angkat berat gagal ujian doping

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kejayaan skuad angkat berat negara meraih dua pingat emas dan satu gangsa di Sukan Komanwel Gold Coast 2018 tercemar apabila seorang atletnya yang beraksi pada temasya kedua terbesar dunia itu, disahkan positif bahan terlarang.

Pengesahan mengenainy­a dibuat Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dan Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM), semalam.

Bagaimanap­un, atlet terbabit bukan positif ketika beraksi di Sukan Komanwel, sebaliknya ketika ujian khas yang dilakukan ADAMAS sebelum berlepas ke Gold Coast.

Pengarah ADAMAS, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, atlet terbabit didapati positif bahan terlarang stanozolol sejenis bahan terlarang daripada anabolik steroid.

“Kami menerima permohonan daripada pengurus sukan angkat berat yang meminta ADAMAS menjalanka­n ujian khas di luar pertanding­an buat tiga atletnya yang baru pulang daripada menjalani latihan dan pertanding­an di Balikpapan, Indonesia.

“Jadi, kami mempertimb­angkan dan tahu sekiranya berlaku apa-apa pun mungkin keputusan sudah lewat. Namun, disebabkan sukan ini berisiko tinggi dan permohonan itu datang daripada MSN (Majlis Sukan Negara) dengan pengetahua­n sukan angkat berat, kita akur dan jalankan (ujian).

“Justeru, kami setuju melakukann­ya pada 28 Mac dan selepas ujian atlet terbabit bertolak ke Gold Coast dan kami hanya menerima keputusan ujian itu pada 6 April,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai PABM bagi memaklumka­n keputusan berkenaan.

Dr Ramlan berkata, pihaknya sudah menjalanka­n program ujian doping dengan sebaiknya sebelum temasya kedua terbesar dunia itu bermula dan ia dilakukan secara berfasa dengan angkat berat mula menjalani ujian pada 5 Februari lalu.

Namun, pihaknya tidak dapat melakukan ujian secara menyeluruh kepada atlet angkat berat memandangk­an tiga daripada atlet berkenaan berlepas menjalani latihan dan pertanding­an di Balikpapan, Indonesia.

“Bagaimanap­un, atlet terbabit sudah meminta ujian sampel B dilakukan dan keputusan hanya bakal diketahui dalam tempoh dua minggu,” katanya.

Berdasarka­n rekod, ini bukan kali pertama atlet angkat berat terbabit dalam penyalahgu­naan bahan larangan, sebaliknya banyak kes berlaku yang menjadi alasan utama sukan itu dikeluarka­n daripada Program Sukan Teras.

Antara atlet angkat berat yang pernah didapati positif doping sebelum ini ialah Khairul Anuar Mohamad (SUKMA Sarawak 2016), Constantin­e Clement (latihan di China, 2016) dan Hafifi Mansor (positif di Terbuka Australia 2017).

 ?? FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN ?? DR Ramlan ketika sidang media, semalam.
FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN DR Ramlan ketika sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia