Harian Metro

Sekat skuad Hang Tuah raih mata

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pahang tidak akan membenarka­n Melaka United menyekat hajat tuan rumah untuk mengutip tiga mata apabila bertemu di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Kejayaan layak ke separuh akhir Piala FA membuktika­n skuad kendalian Dollah Salleh sudah bersedia memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku pendahulu Liga Super ketika ini.

Bagi pemain tengah, Faisal Halim, dia percaya dengan komitmen tinggi rakan sepasukan dan tidak mustahil untuk Pahang mencatat kemenangan ke atas Melaka United.

“Fokus utama kami adalah untuk mengekalka­n prestasi yang dipamerkan ketika menewaskan JDT pada suku akhir Piala FA lalu dan jika berjaya dipersemba­hkan, kemenangan akan berpihak kepada kami.

“Kami juga tidak boleh terlepas tiga mata kerana pasukan lain seperti Terengganu turut mempunyai misi sama,” katanya.

Selepas mengharung­i enam perlawanan, Pahang menduduki tangga kedua dengan mengutip 11 mata berbanding 15 yang diraih JDT.

Namun, Faisal atau Mickey berkata, skuad itu tidak boleh memandang mudah keupayaan lawan yang pasti tampil dengan persembaha­n meyakinkan.

Justeru, katanya, persefaham­an mantap di bahagian tengah dan kekentalan jentera pertahanan akan memberi lebih kekuatan kepada pasukan.

“Pada masa sama, ketajaman bahagian serangan akan memastikan gawang lawan bolos seterusnya dapat memungut tiga mata,” kata pemain berusia 20 tahun itu. tengah Kuantan FA, Arif Shaqirin Suhaimi yang kini sudah mengikat kontrak dua tahun bersama PKNP FC turut senada dengan Ismail.

“Memang lega sikit sebab tiga bulan beraksi tapi tidak dapat gaji. Terima kasih kepada MFL dan FAM, malah saya pun mahu lupakan kisah perit bersama Kuantan FA dan memulakan buku baru bersama PKNP.

“Saya kini menyertai skuad Piala Presiden PKNP tapi tetap berpeluang diserapkan ke skuad Liga Super pada jendela perpindaha­n bulan depan jika berjaya menarik minat jurulatih,” katanya.

 ??  ?? MICKEY (kiri) fokus kekal prestasi bersama skuad Tok Gajah.
MICKEY (kiri) fokus kekal prestasi bersama skuad Tok Gajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia