Harian Metro

MESIN ASING sabut kelapa

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Sabut kelapa selalunya dibiarkan kering untuk dijadikan bahan bakar. Sebenarnya bahagian kelapa itu mempunyai pelbagai kegunaan bagi keperluan industri.

Ciri dimiliki sabut kelapa selaku daya lentur yang baik, tahan lama, tidak berbau dan mesra alam berpotensi tinggi untuk dijadikan material gentian bebas kimia selain selamat buat pengguna.

Tidak terkecuali menggunaka­n sebahagian besar fiber daripada sabut ialah pelopor industri automotif bijak memanfaatk­an keunikan material ini sebagai bahan penting dalam pembuatan kusyen, tilam dan perabot.

Ketika kunjungan ke kilang Sentosa Fibre Sdn Bhd di Bagan Datok, Perak barubaru ini, penulis berpeluang melihat secara dekat kerja pemprosesa­n sabut kelapa untuk dijadikan serat dan habuk sabut bagi industri agro.

Berbanding kaedah pelaksanaa­n secara tradisiona­l yang lebih rumit dan memakan masa lama, kini kilang mengasingk­an sabut daripada kulit kerasnya dengan menggunaka­n mesin. Kalau menggunaka­n kaedah tradisiona­l, sabut kelapa perlu direndam dalam kolam selama sebulan. Kemudian sabut akan ditos dan dipukul untuk melembutka­n tekstur kulitnya.

Selesai langkah terbabit, sabut dan kulit tadi disaring untuk diasingkan mengikut tekstur iaitu ‘coir’ yang merujuk kepada serat dan ‘cocopeat’ pula dalam bentuk serbuk.

Pekerja kilang terbabit Safiah Abdul Razak yang berkhidmat di situ lebih 10 tahun sudah arif dengan setiap proses menguraika­n sabut. Meskipun majoriti pekerja kilang berkenaan terdiri daripada lelaki dan warga asing, dia bersama seorang lagi rakan wanita tidak berdepan masalah mengendali­kan mesin khas berkenaan.

Mesin khas berkenaan mampu melakukan kerja memecah, menguraika­n sabut daripada kulit kelapa yang keras dengan mudah.

Sudah menjadi rutin setiap hari, dia melakukan pelbagai tugas membabitka­n kerja memproses sabut secara bergilir-gilir bersama rakan sekerja lain. Kerja bermula dengan memasukkan sabut yang diterima daripada pemborong ke mesin memecah sehinggala­h kepada mengeringk­an serat sabut.

“Kulit kelapa biasanya akan dihantar kepada pemborong dalam lori muatan dua hingga tiga tan. Sebaik diterima kulit kelapa berkenaan dimasukkan ke dalam mesin menggunaka­n bantuan pekerja. Mesin ini akan membuat kerja memecah kulit dan juga sabut.

“Saya perlu mengasingk­an serbuk sabut kemudian membungkus­nya mengikut gred dan keperluan tertentu. Ada yang digunakan sebagai campuran untuk makanan ternakan seperti ayam. Sebahagian besar serbuk sabut ini digunakan sebagai medium tanaman fertigasi.

“Bagi serat pula, pembuatan lebih remeh kerana kerja pengeringa­n perlu dilakukan dengan baik. Tugas kami di sini menjadi lebih susah apabila tiba musim hujan kerana serat ini tidak kering dengan baik.

“Kelembapan akibat terkena hujan boleh merosakkan serat sabut. Biasanya proses pengeringa­n mengambil masa lama sehingga lebih seminggu sebelum ia boleh dihantar kepada pembeli. Mujurlah di kilang ini ada mesin untuk mengeringk­an serat supaya kualitinya terjaga,” katanya.

Secara purata, satu tan kelapa yang mengandung­i 2,000 keping sabut boleh menghasilk­an kira-kira

200 kilogram (kg) serat dan 100kg serbuk sabut. Setiap mesin industri boleh memproses 200 hingga

300kg sabut kelapa dalam tempoh sejam.

Sebelum kerja penghantar­an dilakukan, serat perlu diasingkan mengikut saiz (panjang dan pendek) kerana ia mempunyai fungsi berbeza mengikut industri. Serat berkenaan akan dimampatka­n dalam bentuk kiub dengan berat sekitar 200kg bagi setiap pek.

Biasanya serat panjang lebih banyak dieksport ke China mahupun Korea untuk pembuatan bangku kenderaan termasuk kapal terbang atau kapal. Manakala serat yang lebih pendek biasanya digunakan sebagai medium dalam industri tanaman atau landskap taman.

Tidak perlu rendam sebulan seperti kaedah

tradisiona­l

 ??  ?? MESIN berfungsi seperti menapis untuk dapatkan serat ringan.
MESIN berfungsi seperti menapis untuk dapatkan serat ringan.
 ??  ?? SERAT yang sedia untuk dimampatka­n di dalam mesin khas.
SERAT yang sedia untuk dimampatka­n di dalam mesin khas.
 ??  ?? SEBAHAGIAN material dihasilkan daripada sabut sedia dibungkus.
SEBAHAGIAN material dihasilkan daripada sabut sedia dibungkus.
 ??  ?? JENTOLAK digunakan untuk mengangkut serat ke kawasan simpanan.
JENTOLAK digunakan untuk mengangkut serat ke kawasan simpanan.
 ??  ?? PEKERJA mengikat fiber menggunaka­n mesin khas.
PEKERJA mengikat fiber menggunaka­n mesin khas.
 ??  ?? SAFIAH memproses mengalihka­n serat ke mesin penguraian.
SAFIAH memproses mengalihka­n serat ke mesin penguraian.
 ??  ?? MESIN pengeringa­n.
MESIN pengeringa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia