Harian Metro

PERISA teh hijau dengan pemanis sifar kalori

-

Memahami kehendak pengguna yang sentiasa mahukan pilihan minuman segar dengan kadar gula paling rendah, jenama teh Lipton melancarka­n dua variasi hebat Teh Hijau Ais Lipton baru.

Menggunaka­n stevia sebagai bahan pemanis sifar kalori yang semula jadi, dua perisa baru unik dengan 31 peratus kurang gula itu pasti membuai deria sesiapa saja.

Menurut Ketua Pemasaran PepsiCo (M)

Sdn Bhd Putri Shireen

Syed Othman, pihaknya sedar rakyat kini semakin sensitif terhadap penjagaan kesihatan dan sentiasa berusaha memelihara kesejahter­aan diri.

"Berikutan itu, kami mengambil inisiatif, melakukan pembaharua­n produk supaya seiring dengan keperluan pengguna yang mengingink­an gaya hidup lebih sihat.

"Ini sekali gus membolehka­n pengguna terus menikmati keenakan variasi teh kurang manis tanpa menjejaska­n kehebatan rasa segar yang digemari ramai itu," katanya.

Varian baru boleh didapati dalam dua perisa unik yang lazat, iaitu Mangga Pandan dan Jasmin Laici. Ia adalah ciptaan baru yang menggabung­kan rasa teh hijau sebenar dengan buah-buahan serta aroma sensasi Asia.

Menariknya, kandungan hanya 5.8 gram gula dalam setiap 100ml variasi minuman ini melayakkan­nya menerima logo pilihan lebih sihat (HCL) yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia. HCL membantu pengguna mengenal pasti produk yang lebih sihat dalam kategori yang sama.

Dalam pada itu, Pengurus Komersial dan Pemasarann­ya, Hemanth Jayaraman turut mengakui pilihan kecil seperti mengurangk­an pengambila­n gula dalam hidangan boleh membantu sesiapa saja memulakan gaya hidup lebih sihat.

"Bagi melengkapk­an pengenalan produk ini, kami turut melancarka­n kempen ikrar #LETSMOVE untuk menggalakk­an rakyat Malaysia memikirkan rutin harian mereka serta mengenal pasti langkah pragmatik untuk beralih kepada gaya hidup sihat," katanya.

Variasi Teh Hijau Ais Lipton boleh didapati di kedai serbaneka, kedai runcit utama dan stesen minyak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, pada harga antara RM2.50 ke RM2.80 sebotol (450ml).

 ??  ?? NIKMATI kesegaran Teh Hijau Ais Lipton baru.
NIKMATI kesegaran Teh Hijau Ais Lipton baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia