Harian Metro

Barisan terbaik

- Wan Faizal Ismayatim, Kristy Inus, Suzianah Jiffar, Mohd Izham Unnip Abdullah, Olivia Miwil, Ryan Stanley dan Brandan John cnews@nstp.com.my

 Gandingan muka baru dan lama saling melengkapi BN Sabah

Gabungan kukuh antara muka baru dan lama yang saling melengkapi dalam satu pasukan menjadi sandaran jentera Barisan Nasional (BN) Sabah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, BN Sabah menyenarai­kan barisan terbaik terdiri golongan muda yang dinamik serta pemimpin lama berpengala­man luas untuk bertanding di 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi Parlimen.

“Ini barisan terbaik yang membentuk gabungan kukuh dan saling melengkapi dalam satu pasukan BN, satu perjuangan dan satu barisan,” katanya ketika menyampaik­an ucapan ketika majlis pengumuman calon BN Sabah di Bangunan UMNO negeri di sini, semalam.

Menerusi senarai calon itu, BN Sabah meletakkan enam muka baru bagi kerusi Parlimen dan 16 bagi DUN, manakala empat calon bakal membuat penampilan semula serta tujuh bertukar kerusi.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah, seterusnya mengingatk­an penyokong, ahli serta pemimpin BN di semua peringkat supaya mengukuhka­n semangat setiakawan dan memantapka­n perjuangan demi memastikan kejayaan BN.

“Saya selalu sebut Musa Aman tak penting, yang penting perjuangan parti, mesti memastikan kemenangan parti, bukan individu kerana kita mahu parti meneruskan kesinambun­gan membawa kemajuan kepada rakyat dan negeri.

“Apa juga keputusan pucuk pimpinan kita akur, jangan marah, jangan merajuk... kita kena tolak ansur, percaya pada kepemimpin­an parti.

“Yang tidak dicalonkan terimalah dengan lapang dada... kita tahu ada yang marah dan berkecil hati, tetapi jangan simpan apa-apa perasaan, terima qada dan qadar,” katanya.

Berikutan itu, Musa yang akan mempertaha­nkan DUN Sungai Sibuga, meminta bakal calon BN supaya terus turun ke kawasan masing-masing dan bekerja kuat demi memastikan sokongan rakyat terhadap parti itu terus meningkat.

“Kita boleh menang besar, (tetapi) kita akan wujud masalah kalau ada gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut... jangan sabotaj parti, kita semua kerja kuat bertahun-tahun, jangan kerana marah, persiapan kita sekian lama dirosakkan,” katanya.

 ??  ?? MUSA (empat dari kiri) melaungkan ‘Tatap BN’ bersama calon BN yang bertanding dalam PRU14 ketika majlis pengumuman calon BN Sabah di Bangunan UMNO di Kota Kinabalu, semalam.
MUSA (empat dari kiri) melaungkan ‘Tatap BN’ bersama calon BN yang bertanding dalam PRU14 ketika majlis pengumuman calon BN Sabah di Bangunan UMNO di Kota Kinabalu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia