Harian Metro

Tolak awek dari tingkat 19

-

Kuala Lumpur: Disyaki sengaja membunuh teman wanita dengan menolak mangsa jatuh dari tingkat 19 sebuah kondominiu­m di Batu 4 1/2, Jalan Ipoh di sini, Sabtu lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan selepas pemeriksaa­n dilakukan pihak polis mendapati kematian mangsa berusia 20 tahun membabitka­n unsur jenayah.

Menurut sumber, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 6 pagi daripada pengawal keselamata­n kondominiu­m yang menemui mayat mangsa terbaring berlumuran darah di kawasan parkir kenderaan.

Katanya, saksi kejadian yang disoal siasat memaklumka­n berlaku pertengkar­an antara mangsa dengan suspek pada jam 5.45 pagi hari yang sama.

“Mangsa terbabit diarah keluar dari rumah berke- naan yang terletak di tingkat 19 blok kediaman itu.

“Sebaik keluar dari rumah, mangsa dikatakan naik ke tembok di hadapan kediaman dan bergayut di sebelah luar tembok sebelum terjatuh.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat,” katanya.

Bagaimanap­un, pemeriksaa­n di lokasi kejadian mendapati terdapat kemungkina­n mangsa ditolak menyebabka­n dia terjatuh.

“Berikutan itu, polis menahan teman lelaki mangsa untuk siasatan. Berdasarka­n maklumat diperoleh suspek dan mangsa tinggal bersama di rumah itu sejak beberapa bulan lalu.

“Menurut keterangan saksi, pasangan kekasih itu sering bergaduh namun tidak diketahui punca pergaduhan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Suspek ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa (gambar bulat) yang ditemui berlumuran darah di sebuah kondominiu­m di Jalan Ipoh.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa (gambar bulat) yang ditemui berlumuran darah di sebuah kondominiu­m di Jalan Ipoh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia