Harian Metro

46 ‘KERUSI PANAS’

- Nadia Hamid dan Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Pertembung­an sengit tiga penjuru di enam kerusi Parlimen

Ibu segala pilihan raya yang bermula dengan pengumuman senarai penamaan calon hari ini, bakal menyaksika­n sekurang-kurangnya 46 daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara akan mencetuska­n fenomena ‘kerusi tumpuan’.

Kerusi tumpuan adalah kerusi menampilka­n calon

yang menjadi bualan ramai termasuk calon menang majoriti tipis kurang 3,000 undi pada PRU lalu, atau kawasan ditandingi beberapa veteran politik dengan pertembung­an tiga penjuru atau lebih.

Pemerhati politik menjangkak­an hampir pasti berlaku pertembung­an sengit tiga penjuru di enam kerusi Parlimen iaitu Parlimen Bentong (Pahang), Iskandar Puteri (Johor Bharu), Langkawi (Kedah), Permatang Pauh (Pulau Pinang) dan Teluk Intan (Perak).

Di Bentong,

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menang majoriti 379 undi dijangka berdepan saingan seteru lamanya, Wong Tack (calon DAP) yang mewakili PKR dan N Balasubram­aniam (PAS).

Di Iskandar Puteri, Johor Bahru, pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang akan bertanding mempertaha­nkan kerusi itu yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Gelang Patah dan dicabar anak tempatan yang juga Pengerusi MCA Gelang Patah, Datuk Teoh Sew Hock (juga dikenali Jason Teoh).

Pada PRU13, Kit Siang menang dengan majoriti 14,762 menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman di kawasan yang majoriti adalah pengundi Cina.

Di Pagoh, penyandang­nya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memenangi kerusi itu atas tiket BN dan kini bertanding sebagai Presiden PPBM, ditentang bekas anak didiknya yang juga pernah menjadi pegawai khasnya, Ismail Mohamed yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Kepong.

Anak Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Mahfodz Mohamed iaitu Ahmad Nawfal juga akan bertanding di kerusi sama. Pada PRU-13, Muhyiddin menang dengan majoriti 12,842 undi.

Di Permatang Pauh, anak sulung keluarga dinasti, Nurul Izzah Anwar yang bertukar kerusi daripada Parlimen Lembah Pantai akan bertembung Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN) dan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Pencalonan Nurul Izzah di kubu kuat PKR sejak 1999 itu, menggantik­an ibunya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Di Teluk Intan, Perak, Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Kiong yang pernah mengalahka­n calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi pada pilihan raya kecil pada 2014, bakal berdepan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Di Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mencabar penyandang­nya, Datuk Nawawi Ahmad dan Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad.

Nawawi menang 11,861 undi mengetepik­an calon PKR, Ahmad Abdullah pada PRU13.

Sementara itu, penganalis­is politik, Dr Ainul Adzellie Hasnul, ketika dihubungi meletakkan kerusi Parlimen Teluk Intan, Bentong, Johor Bahru, Kota Bharu dan Bandar Tun Razak sebagai kerusi yang bakal menjadi tumpuan pada PRU14.

Beliau berkata, kelima-lima kerusi itu bakal menyaksika­n pertembung­an gergasi.

“Misalnya di Teluk Intan, kawasan itu bakal ditandingi orang kuat parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Siew Kiong dengan Kor Ming (penyandang Ahli Parlimen Taiping).

“Parlimen Bentong ditandingi Tiong Lai yang juga penyandang kerusi berkenaan akan bertemu dengan seteru lamanya daripada DAP, Wong Tack pada PRU nanti. PAS pula mencalonka­n Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), N Balasubram­aniam.

“Kota Bharu pula berlaku pertanding­an tiga penjuru antara Fikhran Hamshi, anak kepada Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh Fatmi (BN) mewarisi kerusi yang gagal ditawan bapanya, (pengerusi pakatan pembangkan­g Kelantan) Husam Musa dan (Setiausaha Agung PAS), Datuk Takiyuddin (PAS) yang juga penyandang kawasan itu,” katanya.

 ??  ?? BENDERA parti bertanding berkibar megah di Pulau Langkawi.
BENDERA parti bertanding berkibar megah di Pulau Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia