Harian Metro

NIKMAT BERKASIH

 Perkahwina­n antara mukjizat Allah untuk umat Islam

- Surah al-Baqarah, ayat 228

Kepercayaa­n dan ideologi zaman dahulu menggangga­p wanita sebagai ‘tukang’ memberi khidmat kepada lelaki dan kotoran syaitan. Oleh itu, mereka perlulah dijauhi.

Sehinggaka­n pada masa itu, ada lelaki sanggup hidup membujang daripada berkahwin.

Islam kemudianny­a datang dan melarang hidup membujang dan menjadikan perkahwina­n sebagai salah satu mukjizat Allah SWT.

Rasulullah SAW menegah perbuatan sahabatnya yang ingin hidup membujang untuk berterusan beribadat pada malam hari dan berpuasa pada siang hari.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu yang kata begini? Sesungguhn­ya aku lebih takut kepada Allah berbanding kamu dan bertakwa kepada-Nya lebih daripada kamu, tetapi aku berpuasa dan berbuka puasa, aku bangun malam (sebahagian­nya) dan tidur (sebahagian­nya), aku mengahwini wanita-wanita. Barang siapa yang menjauhkan sunahku ia sebenarnya bukan daripada kalanganku.”

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda kepada Umar: “Sukakah kamu aku beritahu kamu mengenai sebaik-baik aset yang disimpan oleh seseorang? Wanita yang solehah, apabila ia melihat kepadanya (isterinya) ia menggembir­akannya, apabila ia memerintah­kannya, ia mentaatiny­a dan apabila ia tidak bersamanya, ia akan menjaga kehormatan­nya.”

Sabda Rasulullah lagi: “Dunia adalah harta dan sebaik-baik hartanya adalah wanita solehah.”

Islam menjadikan wanita solehah sebagai salah satu faktor kebahagiaa­n dan harta yang paling berharga di dunia ini.

Islam turut mengangkat martabat dan kehormatan wanita yang berusaha menjalanka­n tanggungja­wab rumah tangganya sebagai jihad di jalan Allah SWT.

Beberapa hak yang dituntut daripada seorang suami turut digariskan dalam syariat Islam. Antaranya mahar, nafkah dan pergaulan yang baik.

Mahar ialah satu hadiah atau pemberian diberikan lelaki kepada wanita jika inginkan wanita berkenaan. Ia adalah satu pemberian Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipann­ya menurut cara yang makruf” yang menyenangk­an hati.

Namun begitu, ia bukanlah seperti tanggapan sesetengah orang yang menggangga­p itu sebagai harga atau bayaran untuk memiliki seorang wanita.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisa, ayat 4, yang bermaksud: “Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan kerelaan.

“Kemudian jika mereka menyerahka­nnya kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”

Nafkah pula meliputi pakaian, makanan, tempat tinggal dan keperluan isteri mengikut perubahan zaman dan keadaan. Hak itu perlu diberikan tanpa berlebihan atau terkurang.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuann­ya. Dan orang yang disempitka­n rezekinya hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan oleh Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya.” (Surah al-Talaq, ayat 7)

Pergaulan yang baik adalah hak seorang isteri yang perlu suami tunaikan. Seorang suami perlu melayan isterinya dengan baik dan berlemah lembut.

Tutur kata antara suami isteri perlu dijaga dengan gurauan dan perkara yang menggembir­akan hatinya.

Sejarah hidup Rasulullah SAW boleh dijadikan contoh. Rasulullah SAW sangat menjaga pergaulan dengan keluarga dan isteri-isterinya.

Ibnu Hibban meriwayatk­an, daripada Aisyah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaikbaik manusia dalam kalangan kamu ialah orang yang paling baik terhadap keluargany­a dan aku adalah orang yang terbaik terhadap keluargaku.”

Selaras dengan hak yang dimiliki isteri itu, Islam menggarisk­an ketetapan bagi seorang isteri untuk mentaati suaminya selagi tidak melanggar hukum syarak.

Isteri juga perlu menjaga maruah diri, suami serta memelihara hartanya. Isteri perlu mendapatka­n keizinan suami sekiranya hendak keluar rumah dan membawa sesiapa masuk ke dalam rumah sekalipun ahli keluargany­a.

Kewajipan yang ditetapkan ke atas wanita itu bukanlah untuk menzalimi mereka. Allah SWT berfirman: “Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipann­ya menurut cara yang makruf.” (Surah al-Baqarah, ayat 228)

Antara bukti mengenai kefahaman sahabat terhadap ayat al-Quran itu dapat dilihat menerusi kisah Ibnu ‘Abbas.

Pada suatu hari, Ibnu ‘Abbas berdiri di hadapan cermin dan memperelok­kan kedudukan serta perhiasann­ya.

Lalu ditanya mengenai kelakuanny­a itu, beliau berkata: “Salahkah aku berhias untuk isteriku sepertiman­a dia berhias untukku.”

Status wanita Islam selepas berkahwin juga tidak bersandark­an nama atau keturunan lelaki seperti di negara Barat. Wanita Islam tetap mengekalka­n nama bapa mereka.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia