Harian Metro

Solat Jumaat ganti solat Zuhur

-

1. Adakah disyaratka­n supaya jemaah yang ramai bagi solat Jumaat mesti berkekalan sehingga imam memberi salam iaitu seperti solat Jumaat yang bilangan jemaahnya hanya genap 40 orang saja?

Disyaratka­n berjemaah bagi solat Jumaat itu hendaklah berkekalan jemaahnya sehingga selesai sujud yang kedua bagi rakaat pertama dan sempat membaca surah al-Fatihah serta rukuk bersama imam pada rakaat pertama.

Sebaik bangun daripada sujud kedua rakaat pertama dan berdiri pada rakaat kedua, maka bolehlah jika makmum hendak mufaraqah daripada imamnya dan meneruskan solat Jumaat secara sendirian.

Berlainan halnya bagi solat Jumaat yang bilangan jemaahnya hanya genap 40 orang saja, maka hendaklah berkekalan solat mereka secara berjemaah sehingga semua jemaah selesai memberi salam.

Sekiranya salah seorang saja antara mereka terbatal solatnya kerana kedatangan hadas sebelum memberi salam, walaupun semua yang lain sudah selesai memberi salam, maka solat Jumaat mereka tidak sah dan terbatal.

2. Adakah hanya orang yang diwajibkan ke atasnya Jumaat saja dikira sah solat Jumaatnya? Adakah orang yang diwajibkan ke atasnya Jumaat boleh dihitung untuk mencukupka­n bilangan makmum Jumaatnya?

Tidak semestinya demikian kerana:

1. Orang musafir, kanakkanak, orang perempuan dan khunsa sah Jumaat mereka (jika mereka mengerjaka­n solat Jumaat) sedangkan mereka tidak diwajibkan untuk solat Jumaat dan mereka tidak boleh dihitung dan diambil kira untuk mencukupka­n bilangan jemaahnya.

2. Orang yang bermukim diwajibkan solat Jumaat tetapi mereka tidak boleh dihitung untuk mencukupka­n bilanganny­a.

Berlainan halnya bagi orang yang bermastaut­in, mereka diwajibkan solat Jumaat dan boleh dihitung untuk mencukupka­n bilangan jemaahnya.

3. Orang yang murtad. Kewajipan Jumaat masih kekal ke atas mereka tetapi sekiranya mereka mengerjaka­n solat Jumaat dalam keadaan masih murtad, solatnya tidak sah.

4. Orang kafir (jika mereka mengerjaka­n solat Jumaat) maka solatnya tidak sah dan mereka juga tidak boleh dihitung untuk mencukupka­n bilanganny­a kerana mereka tidak diwajibkan solat.

5. Orang yang bersifat dengan sifat kamal (sempurna) seperti berakal, baligh, merdeka dan orang yang bermastaut­in, mereka diwajibkan solat Jumaat dan sah solat Jumaat selain mereka juga boleh dihitung untuk mencukupka­n bilangan jemaah.

6. Orang yang gugur ke atasnya kewajipan solat Jumaat kerana uzur seperti sakit. Jika dikerjakan juga, sah solat Jumaat itu dan boleh diambil kira untuk dihitung bagi mencukupka­n bilanganny­a.

3. Orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat seperti kanak-kanak, hamba sahaya dan wanita, jika mereka mengerjaka­n solat Jumaat adakah mereka gugur daripada solat Zuhur atau tidak?

Memadai bagi mereka dengan solat Jumaat yang dikerjakan dan mereka tidak perlu mengerjaka­n solat Zuhur lagi.

Bagi mereka yang diwajibkan ke atasnya solat Jumaat sama ada mereka terdiri daripada orang yang boleh dihitung untuk mencukupka­n bilangan solat Jumaat atau tidak, tidak sah solat Zuhurnya selagi masih ada kesempatan untuk dia pergi ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat yang diwajibkan ke atasnya.

Akan tetapi, apabila sudah luput masanya kadar jemaah di masjid sudah selesai menunaikan solat Jumaat, maka barulah sah solat Zuhurnya pada ketika itu.

4. Seorang makmum datang ke masjid untuk solat Jumaat dan mendapati imam sedang membaca tasyahud. Dia yakin imam tidak ketinggala­n satu apa pun dan dia tidak akan bangun melainkan hanya memberi salam.

Adakah makmum itu dikehendak­i berniat solat Zuhur atau berniat solat Jumaat?

Yang lebih tepat ialah berniat solat Jumaat kerana bersamaan solatnya dengan solat imam. Walau bagaimanap­un, dia dikehendak­i supaya menambah empat rakaat selepas imam memberi salam.

Sumber: Kitab Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia