Harian Metro

TAK BERETIKA

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@nstp.com.my

 Arul Kanda selar penulis dakwa gagal jawab isu 1MDB

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menyelar tindakan portal berita yang menerbitka­n artikel kononnya beliau gagal menjawab isu berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Arul turut menyifatka­n ia tindakan tidak beretika selain penulisnya pengecut kerana tidak bertemu dan mendapatka­n maklum balas beliau sebelum menerbitka­n artikel berkenaan.

Menurutnya, beliau kecewa apabila sebuah portal berita menerbitka­n artikel kononnya gagal memberi penjelasan berhubung misteri kehilangan dana RM42 bilion.

Artikel berkenaan secara sinis menyatakan beliau adalah kepada pembangkan­g kerana soal jawab bersama wartawan di pejabat portal berkenaan di ibu kota dua minggu lalu gagal membuktika­n isu syarikat itu sudah selesai.

“Saya sendiri pergi ke pejabat berkenaan dan empat wartawan menemu bual saya bertanyaka­n pelbagai soalan mengenai isu 1MDB dan saya menjawab semua soalan diajukan berdasarka­n fakta.

“Saya berada di pejabat itu tiga jam, tetapi penulis artikel terbabit tidak berada pada sesi temu bual itu. Selepas itu, dia mengeluark­an artikel yang secara terang mahu bantai saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Bicara Isu-Isu Semasa di Dewan Besar Gedong Lalang di sini, kelmarin.

Katanya, walaupun pelbagai penjelasan dibuat mengenai syarikat pelaburan strategik itu namun ada pihak yang cuba memburukka­n keadaan dan menimbulka­n keraguan masyarakat. Menurutnya, pembangkan­g terus menjadikan isu 1MDB sebagai senjata politik mereka bertujuan menjatuhka­n kerajaan.

Arul berkata, beliau tetap dengan pendirian isu 1MDB adalah masalah perniagaan yang dipolitikk­an pembangkan­g selain menegaskan semua masalah itu sudah diselesaik­an melalui pelan rasionalis­asi syarikat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia