Harian Metro

TAK TERLAKSANA

-

Presiden PAS dakwa Dr Mahathir, Anwar halang pelaksanaa­n pentadbira­n Islam di Kelantan, Terengganu

dilaksanak­an di Kelantan dan Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu di bawah pentadbira­n PAS meluluskan Undang-Undang Jenayah Syariah yang bersifat mendidik masyarakat, masing-masing pada awal serta penghujung 1990-an.

Beliau berkata, bagaimanap­un mereka tidak dapat melaksanak­annya kerana ditentang Dr Mahathir dan Anwar yang ketika itu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Tiba-tiba bila dah lulus, Dr Mahathir hantar surat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi amaran supaya jangan laksanakan...kalau laksanakan undang-undang itu, Kerajaan Pusat akan bertindak.

“Oleh kerana kita mahu memelihara hubungan, kita bawa undang-undang itu ke Parlimen. Saya sendiri membawa usul dan membentang­kan Rang Undang-Undang Persendiri­an, namun kita disekat dan dihalang,” katanya selepas ceramah perdana jelajah Presiden PAS dan munajat

PRU14 di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Pesuruhjay­a PAS Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun.

Mengulas

lanjut, Abdul Hadi berkata, perjuangan PAS berhubung undang-undang berkenaan akhirnya menampakka­n hasil apabila kerajaan Persekutua­n ketika ini, sedia berunding dan bersetuju dengan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) untuk dibentangk­an di Parlimen.

Spekulasi sebelum ini bertiup kencang mengatakan Dr Surash antara nama yang akan diletakkan sebagai calon MIC di Jeram Padang apabila Pengerusi kelab bola sepak N Nine FC itu dikatakan disukai ramai penduduk tempatan.

Bagaimanap­un pada sesi pengumuman calon di kediaman Menteri Besar baru-baru ini, Mohamad mengumumka­n Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk L Manickam kekal di kerusi berkenaan.

 ?? Abdul Hadi Awang ?? Oleh kerana kita mahu memelihara hubungan, kita bawa undang-undang itu ke Parlimen. Saya sendiri membawa usul dan membentang­kan Rang Undang-Undang Persendiri­an, namun kita disekat dan dihalang”
Abdul Hadi Awang Oleh kerana kita mahu memelihara hubungan, kita bawa undang-undang itu ke Parlimen. Saya sendiri membawa usul dan membentang­kan Rang Undang-Undang Persendiri­an, namun kita disekat dan dihalang”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia