Harian Metro

Dakwaan tak benar sama sekali

-

Khabar angin yang mengatakan penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim bakal bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak benar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dakwaan berkenaan tidak benar dan beliau sendiri sudah dimaklumka­n perkara itu.

“Saya sudah mendapatka­n laporan berkaitan isu mengatakan tiga beradik bertanding sebagai calon bebas dan itu tidak benar, malah Datuk Mohd Najmuddin hantar mesej kepada saya begitu juga Ustaz Kazim.

“Beliau (Ustaz Kazim) mengatakan tidak tahu siapa yang mereka-reka atau membaca yang tersirat, walhal dia tidak bermaksud begitu dan beliau memang suka buat ayat biasa yang menyeronok­kan tetapi ada orang lain menafsir sebaliknya, jadi jangan percaya apa yang disampaika­n itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas

>>DUN Kelantan, Terengganu di bawah PAS lulus Undang-Undang Jenayah Syariah pada 1990-an

mengenai spekulasi membabitka­n penceramah bebas itu yang seolah-olah membayangk­an perkara berkenaan apabila memuatkan status dalam akaun Instagram dengan gambar beliau seakan-akan berada di lapangan terbang.

Ustaz Kazim dalam Instagramn­ya beberapa hari lalu memuat naik status ‘Nak g jumpa ultraman kejap..nak tanya pendapat dia nak bertanding ke tidak...Tungguuuu...’ yang mendapat perhatian lebih 16,000 pengikut laman sosialnyas­erta pelbagai komen.

 ??  ?? MOHD Kazim
MOHD Kazim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia