Harian Metro

Pertaruh calon di 17 Parlimen, 45 DUN

-

Kota Kinabalu: Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan bertanding 17 kerusi Parlimen termasuk Labuan dan 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presidenny­a, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mempertaha­nkan Parlimen

Semporna yang disandangn­ya ketika bersama UMNO sejak 1995, selain turut bertanding di DUN Senallang. Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Penampang yang dimenangin­ya atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU13 manakala Naib Presiden parti itu, Datuk Peter Anthony bertanding di DUN Melalap.

Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman pula bertanding di Parlimen Sepanggar dan dijangka berdepan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Setiausaha BN Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Parti pembangkan­g itu turut menampilka­n tiga bekas wakil rakyat BN iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Karim Bujang sebagai calon Parlimen Kimanis bagi menentang penyandang kerusi itu, Datuk Seri Anifah Aman dari BN.

Bekas Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk V K Liew menjadi calon di Parlimen Batu Sapi manakala bekas Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Dr Yusof Yacob akan bertanding di DUN Sindumin.

Mohd Shafie turut mengumumka­n DUN Moyog ditandingi calon PKR, Jennifer Lasimbang atas tiket WARISAN, sekali gus penyandang kerusi itu, Terence Siambun tidak tersenarai.

 ??  ?? MOHD Shafie
MOHD Shafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia