Harian Metro

REZEKI RANCAK

-

Selebriti tempatan banyak terima tawaran sempena PRU14

9 Mei depan, namun tawaran kepada anak seni tempatan sebenarnya sudah diterima sebelum pembubaran Parlimen pada 7 April lalu.

Presiden SENIMAN, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkata, seperti sebelum ini, rezeki artis melimpah ruah setiap kali PRU kerana mereka turut sama dalam kempen calon di seluruh negara.

Menurutnya, ia menjadi satu rahmat kepada golongan seni kerana mereka bukan saja menjana pendapatan daripada persembaha­n di lokasi, tetapi juga dapat beramah mesra dengan peminat yang ingin melihat dari dekat selain berswafoto untuk kenang-kenangan.

“Saya boleh katakan bila tiba PRU, kami seperti dapat durian runtuh. Ada saja tawaran bersama parti politik, berkempen dan memperkena­lkan calon kepada pengundi di seluruh negara.

“Ada yang menyanyi, berlakon dan terbabit dengan persembaha­n ketika di lokasi kempen. Terpulang kepada mereka yang menjemputl­ah. Ada juga artis yang mengisi slot turut berkempen bagi pihak calon. Alhamdulil­lah, sambutan yang diterima begitu baik,” katanya.

Zed berkata, antara kelebihan membawa artis menyertai kempen, mereka mampu menarik orang ramai di sesuatu kawasan untuk menyertai program dianjurkan parti politik.

Katanya, ia juga satu cara memperkena­lkan calon terutama muka baru kepada pengundi kerana jumlah kehadiran yang ramai menjadikan mereka lebih dikenali selain pendekatan bersemuka secara individu.

“Kita ada artis baru, golongan muda, artis lama dan veteran. Terpulangl­ah nak jemput siapa, kita bersedia membantu. SENIMAN sendiri menjadi orang tengah untuk parti politik mendapatka­n artis pada PRU14.

“Seingat saya tempahan ini dibuat sejak dua bulan lalu walaupun ketika itu tarikh pilihan raya masih belum diketahui.

“Ini adalah rezeki kepada anak seni, lima tahun sekali. SENIMAN berterima kasih kepada pihak yang memberi ruang ini untuk artis tidak kiralah penyanyi, pelakon dan penggiat belakang tabir cari makan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia