Harian Metro

PENAMAT DOMINASI LELAKI

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

 Laskar Kanan Amisah wanita pertama dianugerah Sailor Of The Year TLDM

Selepas 84 tahun penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), buat pertama kalinya Laskar Kanan Amisah Kuiming, 32, menjadi wanita pertama anggota lain-lain pangkat dianugerah­kan lencana

TLDM.

Anugerah itu diterimany­a dalam Perbarisan Istiadat Sempena Sambutan Hari TLDM ke-84 Peringkat Lembah Klang di Padang Kawad KD Sri Gombak (KDSG), Jalan Padang Tembak di sini, semalam.

Dalam majlis istiadat itu, turut menerima anugerah sama, Pegawai Waran I Juruplot Taktikal Peperangan, Mohammad Han Mohd Newaz dan Pegawai Waran II Juruplot Taktikal Peperangan, Muhamad Aidil Othman.

Istiadat perbarisan disempurna­kan Laksamana Pertama Datuk Muhamad Ridzwan Abd Rahman selaku Pegawai Mengambil Tabik Hormat mewakili Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin.

Amisah ketika ditemui berkata, penganuger­ahan lencana itu satu penghargaa­n buat dirinya dan menjadi bukti peranan anggota wanita sepertinya turut dihargai pengurusan TLDM.

“Alhamdulil­lah, ini pencapaian terbaik saya sepanjang 10 tahun dalam TLDM.

“Sejujurnya, penganuger­ahan ini menjadi bukti TLDM menghargai khidmat bakti warganya termasuk wanita tanpa mengira pangkat serta jantina biarpun lazimnya bidang ketenteraa­n dipelopori lelaki,” katanya ketika ditemui selepas tamat perbarisan istiadat, semalam.

Amisah yang berasal dari Membakut, Sabah dan kini berkhidmat di Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Markas Tentera Laut, Jalan Padang Tembak berkata, berkhidmat sebagai anggota Tentera laut bukan sesuatu yang mudah berikutan cabaran datang tidak dijangka.

“Antara cabaran ini seperti mengikuti pelayaran di atas kapal berbulan lamanya dengan menempuh pelbagai keadaan cuaca tidak menentu selain persaingan dalam kalangan anggota lelaki,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Ridzwan menyampaik­an pingat kepada Amisah.
MUHAMMAD Ridzwan menyampaik­an pingat kepada Amisah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia