Harian Metro

DOSA TINGKAT SATU, DUA

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Guna kemudahan aplikasi WeChat sepenuhnya untuk mempromosi­kan khidmat puluhan pelacur warga asing kepada pelanggan ‘gatal’.

Itu taktik pemasaran pusat urut di Kota Damansara, Petaling Jaya di sini, untuk menarik kehadiran pelanggan.

Bagaimanap­un, taktik itu terbongkar selepas premis itu diserbu 19 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dari

(QRT), Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa JIM jam 10 malam kelmarin.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, aktiviti pelacuran di pusat urut itu pernah diambil tindakan namun pemiliknya meneruskan kegiatan maksiat itu.

“Maklumat awal mendapati pusat urut itu menawarkan perkhidmat­an seks dengan menggunaka­n aplikasi WeChat selain laman sesawang khas bagi membolehka­n pelanggan membuat pilihan dan tempahan awal secara dalam talian.

“Bagi setiap perkhidmat­an seks, pelanggan perlu membayar RM170. Sindiket mampu memperoleh keuntungan puluhan ribu ringgit dalam tempoh sehari melalui kegiatan berkenaan,” katanya.

Mustafar berkata, kegiatan pelacuran itu giat dijalankan di tingkat satu dan dua bangunan pejabat swasta bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kami menahan 18 wanita warga asing berusia 20-an membabitka­n 10 warga Vietnam, lima warga Indonesia dan tiga warga Thailand yang dipercayai melakukan aktiviti pelacuran di pusat urut berkenaan.

“Ketika serbuan, empat daripada mereka cuba melarikan diri dengan menyorok di bilik rahsia, namun dikesan pegawai bertugas selain beberapa wanita lain yang sedang bersama pelanggan di bilik di premis berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, premis itu pernah diserbu JIM Putrajaya dan menahan 14 wanita yang turut terbabit dalam kegiatan pelacuran.

“Kami menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang bekerja sebagai penyelia di premis itu,” katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan ditempatka­n di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa mengikut Akta Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATISOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pusat urut tak serik tawar khidmat seks wanita warga asing diserbu lagi

 ??  ?? ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam operasi di Kota Damansara, malam kelmarin.
ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam operasi di Kota Damansara, malam kelmarin.
 ??  ?? BILIK rahsia tempat pelacur bersembuny­i ketika diserbu.
BILIK rahsia tempat pelacur bersembuny­i ketika diserbu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia