Harian Metro

SENTUHAN JALANAN

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Art Lane himpun 10 pelukis

tunjuk bakat di Pasar Seni Kebanyakan pengunjung di Art Lane terdiri daripada pelancong asing dengan kebanyakan kagum dengan kebolehan pelukis tempatan menghasilk­an lukisan yang bermutu tinggi”

Abdul Hadi Ahmad

Seni lukisan hasil sentuhan pelukis jalanan yang dilihat semakin tenggelam serta kurang mendapat sambutan daripada masyarakat di negara ini sebenarnya mempunyai daya tarikan tersendiri.

Ia mampu membuatkan pelancong asing terpegun serta terpesona dengan bakat dimiliki pelukis tempatan.

Boleh dikatakan ada antara pelancong asing yang datang ke negara ini semata-mata mahu mendapatka­n lukisan daripada pelukis tempatan berikutan hasil kerjanya yang halus selain bermutu tinggi.

Inisiatif pihak pengurusan Pasar Seni dengan menyediaka­n Art Lane di sekitar bangunan berkenaan dengan menghimpun­kan sekurang-kurangnya 10 pelukis jalanan seakan memberi nafas baru kepada pusat seni itu untuk kembali menjadi tumpuan pelancong.

Sejak Art Lane diwujudkan di kawasan berkenaan, ribuan pelancong asing mengunjung­i gerai lukisan milik pelukis tempatan untuk melihat sendiri karya mereka secara dekat.

Antara pelukis tempatan yang membuka gerai di kawasan berkenaan ialah Abdul Hadi Ahmad, 49, yang mempunyai kepakaran menghasilk­an potret sejak puluhan tahun lalu.

Abdul Hadi berkata, setakat ini dia sudah menghasilk­an lebih 10,000 lukisan potret dengan kebanyakan­nya ditempah pemimpin negara termasuk kerabat diraja.

“Kebanyakan pengunjung di Art Lane terdiri daripada pelancong asing dengan kebanyakan kagum dengan kebolehan pelukis tempatan menghasilk­an lukisan yang bermutu tinggi.

“Saya juga menerima tempahan daripada beberapa individu tertentu yang mahu menghadiah­kan lukisan potret kepada beberapa pemimpin luar negara,” katanya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Selain itu, satu-satunya pelukis cat air di Art Lane dikenali sebagai Jamal Tumiran, 51, berkata, dia sanggup meninggalk­an pekerjaan lama sebagai pereka grafik dengan pendapatan kira-kira RM10,000 demi meneruskan minat sebagai pelukis jalanan.

Pengorbana­n itu ternyata berbaloi apabila dia kini mula dikenali dalam kalangan pelanconga­n asing yang akan berkunjung ke Art Lane setiap tahun untuk mendapatka­n lukisan daripadany­a.

“Saya sudah menghasilk­an hampir 1,000 lukisan cat air dengan kebanyakan ditempah pelancong asing dari serata dunia.

“Lukisan cat air ini sebenarnya bukan mudah untuk dihasilkan malah memerlukan ketelitian dan kesabaran bagi mengurangk­an kesilapan selain tenang serta tidak terburu-buru dalam menghasilk­an lukisan berkualiti tinggi,” katanya.

Jamal berkata, kawasan

Art Lane bagaikan galeri pameran kepada orang ramai apabila mereka berpeluang melihat dengan lebih dekat penghasila­n lukisan menerusi pelbagai medium yang disediakan oleh pelukis.

“Setiap pelukis mempunyai teknik dan gaya tersendiri dalam menghasilk­an lukisan mereka dan di kawasan ini, orang ramai turut berpeluang belajar dan melihat hasil kreativiti mereka,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Hadi menghasilk­an potret di Pasar Seni.
ABDUL Hadi menghasilk­an potret di Pasar Seni.
 ??  ?? PELANCONG diberi peluang melukis pada silk screen batik dengan dikenakan bayaran RM15.
JAMAL melukis buah durian yang ditempah pelanggan.
ART Lane di Pasar Seni boleh memuatkan 15 pelukis dalam satu-satu masa.
PELANCONG diberi peluang melukis pada silk screen batik dengan dikenakan bayaran RM15. JAMAL melukis buah durian yang ditempah pelanggan. ART Lane di Pasar Seni boleh memuatkan 15 pelukis dalam satu-satu masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia