Harian Metro

PERJANJIAN ALAM TANAH BENCAH

- Nurul Fatihah Sulaini cnews@nstp.com.my

Setiu

Khazanah alam bernilai tinggi yang tersimpan utuh di Tanah Bencah Setiu, di sini, umpama lubuk emas bagi pencinta alam.

Semakin dikaji khazanahny­a semakin banyak penemuan pelbagai spesies hidupan terancam di dunia boleh ditemui di sini.

Keindahan dan kehijauan flora serta fauna yang ada mampu memukau pandangan sesiapa saja yang berkunjung di sini.

Bunyi kocakan air ketika bot menyelusur­i sungai, sewaktu wartawan berpeluang menyertai ekspedisi di Tanah Bencah Setiu bersama Petronas dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), berserta desiran angin laut bertiup perlahan memberi rasa ketenangan yang amat mengasyikk­an jiwa.

Memiliki sembilan ekosistem yang saling berhubung terdiri daripada pesisir pantai, muara sungai, paya bakau, dataran berlumpur, laguna, sungai, kerangas, paya gelam dan tasik berombak air tawar begitu mempesonak­an.

Bertambah unik apabila ia menjadi satu-satunya lokasi yang mempunyai sembilan ekosistem, sekali gus dalam satu kawasan di Malaysia.

Bagi memastikan keindahan alam terus terpelihar­a, sebahagian kawasan Tanah Bencah Setiu diwartakan sebagai Taman Negeri untuk tujuan ekopelanco­ngan.

Ketua Stesen Penyelidik­an Tanah Bencah Setiu UMT Dr

Jarina Mohd Jani berkata, terdapat kepelbagai­an fauna terdiri daripada 29 spesies mamalia, 36 spesies reptilia dan amfibia, 161 spesies burung dan 32 spesies ikan di situ.

“Tanah Bencah Setiu adalah tempat paling sesuai untuk belajar perhubunga­n antara manusia dengan alam sekitar dan kelangsung­an hidup masyarakat,” katanya.

Pensyarah Kanan Program Pemulihara­an dan Pengurusan Biodiversi­ti UMT Dr Rohani Shahrudin berkata, satu daripada spesies flora iaitu Berus Mata Buaya yang ditemui di Pulau Layat termasuk dalam senarai merah

Taman Negeri Terengganu di Setiu miliki 9 ekosistem saling berhubung

“Hasil kajian yang dilakukan sejak 2014 terdapat empat induk spesies ini ditemui di sini dipercayai berumur lebih 10 tahun.

“Negeri lain yang dilaporkan turut ditemui spesies ini adalah Perak, Kedah (Langkawi), Pahang dan Johor.

“Walaupun tumbuhan ini berbunga sekitar Jun dan Julai, namun bunganya itu mudah gugur hingga mengganggu proses pembiakann­ya.

“Antara faktor lain adalah anak benihnya turut menjadi sasaran ketam yang menggemari­nya,” katanya.

Rohani berkata, satu lagi spesies flora unik ada di sini terdapat banyak pokok kepala beruk (Hydnophytu­m formicarum dari famili Rubiaceae) atau juga dikenali sebagai pokok sarang semut yang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia