Harian Metro

DR TERANCAM

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

 Makin ramai kakitangan KKM jadi mangsa kes kekerasan tahun lalu

Semakin ramai kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi mangsa kes kekerasan ketika bertugas susulan 162 laporan kes direkodkan sepanjang 2017.

Berdasarka­n statistik laporan dan pengendali­an, kes kekerasan yang dilaporkan membabitka­n perbuatan fizikal, verbal, gangguan seksual, tulisan serta insiden yang tersebar melalui media sosial terhadap anggota kementeria­n itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, statistik itu menunjukka­n peningkata­n berbanding hanya 44 kes antara 2013 hingga 2015.

“Selangor mencatatka­n kes tertinggi iaitu 43 kes diikuti Terengganu dan Sarawak, masing-masing 16 kes.

“Dari segi kategori jawatan, pegawai perubatan adalah anggota paling tinggi dikasari iaitu 64 kes, diikuti jururawat dan pembantu pegawai perubatan masing-masing 60 dan 17 kes,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia dan Pelancaran Modul Latihan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti Kementeria­n Kesihatan di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, pada 28 April 2017, KKM melancarka­n Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM yang membantu memberi kesedaran serta menjadi rujukan bagi anggota KKM semasa menghadapi situasi kekerasan di tempat kerja.

“Susulan kewujudan garis panduan itu, KKM mengambil satu inisiatif melalui Unit Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan menghasilk­an Modul Latihan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM.

“Ia bertujuan memberi latihan berkonsepk­an

(ToT) kepada seluruh anggota KKM. Modul ini dapat menjadi templat secara menyeluruh untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan anggota KKM.

“Kandungan modul latihan ini disusun secara komprehens­if, padat serta diolah agar mudah difahami dan dipraktikk­an semua pihak terbabit,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan Hari Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia yang disambut pada 28 April setiap tahun pula katanya, fokus KKM tahun ini berkaitan aspek kekerasan terhadap anggota di fasiliti KKM.

“Sambutan ini dilihat meningkatk­an kesedaran antarabang­sa mengenai keselamata­n dan kesihatan dalam kalangan pekerja dan majikan menerusi penerapan budaya selamat dan sihat, serta memupuk tanggungja­wab setiap individu untuk mencegah kemalangan, penyebaran penyakit atau kematian pekerja di tempat kerja.

“Ini di samping mencapai salah satu sasaran sasaran pembanguna­n mapan (SDG) iaitu persekitar­an kerja yang selamat dan terjamin bagi semua pekerja menjelang tahun 2030,” katanya.

 ??  ?? DR Noor Hisham (tengah) pada pelancaran Modul Latihan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota.
DR Noor Hisham (tengah) pada pelancaran Modul Latihan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia