Harian Metro

KENA ROMPAK LAGI

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor news@nstp.com.my

Kedai emas rugi RM2 juta disamun empat penjenayah

Empat penjenayah dipercayai melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai lebih RM2 juta dalam kejadian memecahkan peti besi kedai emas di sebuah pasar raya besar di Bandar Baru Nilai, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan awam jam 8.05 pagi memaklumka­n premis berkenaan dipecah masuk dan mengerahka­n anggota ke lokasi.

Katanya, pemeriksaa­n mendapati peti besi yang digunakan untuk menyimpan barang kemas dan wang tunai ditebuk dipercayai menggunaka­n gerudi.

“Siasatan di tempat kejadian menjumpai alat memotong besi seperti mata gerudi, pemutar skru dan kuku kambing.

“Pemilik premis kerugian RM2 juta tidak termasuk wang tunai RM8,000 yang dilarikan,” katanya.

Noor Azam berkata, Disember lalu premis berkenaan pernah dirompak menyebabka­n pemiliknya menanggung kerugian lebih RM1 juta.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk bangunan.

Sementara itu sumber berkata, suspek memasuki premis melalui bahagian belakang dengan memanjat bangunan pasar raya besar itu.

“Suspek merangkak di atas siling dan menebuk tiga lubang untuk memasuki kedai emas terbabit.

“Mereka kemudian memasuki premis menggunaka­n tangga yang dibawa,” katanya.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku antara jam 1.30 pagi hingga jam 5 pagi dan siasatan lanjut dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sekitar lokasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia