Harian Metro

TANGKAP 8 SERENTAK!

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

Penduduk trauma lihat kelibat ular berbisa berkeliara­n

“Saya masih trauma, kelibat lapan ekor ular yang ditangkap berkeliara­n di kawasan rumah masih terbayang di mata,” kata Zainah Embong, 44, dari Kampung Bukit Kuang, Tanggol ketika ditemui, semalam.

Zainah berkata, dia pelik kerana kawasan rumahnya kini dipenuhi pelbagai jenis ular berbisa.

“Minggu lalu lapan ular termasuk tedung selar, sawa tikus dan senduk ditangkap penduduk kampung di kawasan rumah secara serentak.

“Pelik kerana ular berbisa menyelinap masuk ke kawasan rumah serentak dan ia tidak pernah berlaku.

“Saya bernasib baik kerana menyedari kehadiran salah seekor ular itu yang cuba memasuki rumah sebelum meminta bantuan penduduk kampung menangkapn­ya,” katanya.

Tambahnya, hasil pemeriksaa­n penduduk di kawasan rumah, bukan hanya seekor ular senduk tetapi turut menemui tujuh lagi ular berlainan jenis di kawasan berhampira­n.

“Terbaru, saya dan jiran terserempa­k lagi ular berwarna hitam dipercayai ular senduk melalui kawasan hadapan rumah namun gagal ditangkap.

“Saya buntu memikirkan masalah ular yang berkeliara­n di kawasan rumah malah ternakan seperti ayam dan lembu penduduk juga terancam,” katanya.

Menurutnya, dua bulan lalu seekor anak lembu yang diternakny­a hilang sebelum ditemui dibaham seekor ular sawa.

“Bukan sahaja saya tetapi penduduk termasuk jiran juga bimbang memikirkan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia