Harian Metro

KULIT KERANG RM40,000

- BERNAMA

Lelaki jadi pembekal ke China selepas majikan meninggal dunia kini catat kejayaan

Bermula dengan hanya makan gaji RM70 sebulan di sebuah syarikat mengekspor­t kulit kerang di Semporna, Herzas Ladja Banasa dari Kampung Bubul 2, kini adalah pengekspor­t kulit kerang ke China.

Ibarat peribahasa tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu, begitulah tuah Herzas, 60, apabila ditawarkan menjadi pembekal kulit kerang oleh seorang peniaga dari Tanah Besar China selepas 25 tahun bekerja makan gaji dengan gaji terakhir RM1,500 sebulan.

“Saya bekerja dengan majikan selama 25 tahun dan apabila bos saya meninggal dunia, perniagaan­nya mengekspor­t kulit kerang pun terhenti lebih lima tahun.

“Selepas itu, saya tidak menyangka pembeli kulit kerang dari China yang pernah berurusan dengan majikan lama mencari saya dan meminta untuk mendapatka­n bekalan kulit kerang,” katanya.

Mengambil keputusan untuk mencuba tawaran daripada peniaga China itu, Herzas mengeluark­an modal sendiri RM10,000 termasuk RM9,000 daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) oleh isteri, Rahsa Salahuddin, 44, yang juga seorang Sahabat AIM bagi memulakan perniagaan membekalka­n kulit kerang.

Kini perniagaan eksportnya ke Qingdao, China sudah berlangsun­g empat tahun sejak 2014 dan antara kulit kerang yang dieksport jenis Tiger Cowrie, Pasularia, Squid Backbone dan Black Lip,” katanya.

Menurutnya, beliau mampu menerima bayaran mencecah sehingga RM40,000 untuk 16 hingga 25 tan kulit kerang bagi setiap kali dieksport.

Herzas berkata, dia mendapatka­n bekalan kulit kerang itu sama ada daripada penjual di Semporna atau Filipina yang menjual kulit kerang itu mengikut kilogram atau biji dengan harga 50 sen sehingga RM7 mengikut jenis.

“Kulit kerang yang dibeli ini kotor tetapi pekerja akan keringkan dan memilih kulit yang bagus saja untuk dieksport,” katanya yang tidak mahu mengambil untung dengan cara menipu rakan niaga, sebaliknya mengutamak­an sikap jujur dan amanah dalam berniaga.

Perniagaan kulit kerang seberat 16 tan bagi pelbagai jenis itu turut dieksport ke Taiwan atas permintaan.

“Saya jangkakan kulit kerang ini mereka proses jadikan butang baju dan pelbagai lagi termasuk kraf tangan,” katanya.

Selain mengekport kulit kerang ke luar negara, Herzas turut mengasingk­an sedikit untuk dijadikan produk kraf tangan dan dijual kepada pelancong di Semporna.

“Saya hantar kepada pekerja untuk mereka bersihkan kulit kerang itu dan bentuk jadi kraf tangan seperti perhiasan lampu daripada kulit kerang Murex,” katanya.

Lampu perhiasan itu dijual dengan harga RM68 di kedainya, Syarikat Hock Tai yang terletak di pekan Semporna.

Herzas berkata, kulit kerang yang bersih dan sudah diproses menjadi kraftangan turut dieksport ke Sarawak.

Selain perusahaan kulit kerang, Herzas memiliki 25 rumah yang disewakan kepada penjawat awam di Semporna dengan kadar sewa antara RM600 hingga RM700.

Beliau yang berpandang­an jauh turut mahu membuka sebuah inap desa (homestay) dengan bantuan pinjaman daripada AIM Semporna.

“AIM pemudah cara kepada peniaga kecil Semporna untuk terus mengembang­kan perniagaan,” katanya yang turut mengemukak­an permohonan kepada pengurus cawangan AIM Semporna.

 ??  ?? HERZAS dan isteri, Rahsa menunjukka­n pelbagai jenis kulit kerang yang sudah dibersihka­n untuk dijual sebagai produk kraf tangan marin.
HERZAS dan isteri, Rahsa menunjukka­n pelbagai jenis kulit kerang yang sudah dibersihka­n untuk dijual sebagai produk kraf tangan marin.
 ??  ?? PEKERJA mengasingk­an jenis kulit kerang mengikut gred tertentu.
PEKERJA mengasingk­an jenis kulit kerang mengikut gred tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia