Harian Metro

PRODUK TERUS LARIS

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Artis kontrovers­i, Ifa Raziah mempertaha­nkan tindakanny­a memuat naik video di laman Instagram (IG) memaparkan dirinya tampil seksi dengan gaun ketat singkat dan tanpa lengan.

Bagaimanap­un, video berdurasi 15 saat yang tular sejak kelmarin itu dikecam hebat netizen yang menyifatka­n penyanyi, pelakon dan pengacara itu tidak beriman.

Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 43, berkata video itu sengaja dimuat naik kerana ingin membuktika­n dirinya sudah kurus dan bukan menggunaka­n teknik suntingan.

“Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya.

“Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk, mereka kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?

“Lagi pun dalam video itu saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhka­n hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar. Kalau yang menonton

 Ifa pertahan video tampil diri seksi di IG

video ‘live’ saya pada waktu berkenaan, pasti tahu,” katanya kepada Harian Metro.

Meski dikecam, Ifa berterima kasih kepada pihak yang menularkan video terbabit kerana dalam sehari produk pelansinga­n miliknya habis terjual 1,000 kotak.

“Pada hari video dirakam iaitu selasa lalu, kebetulan saya dan suami menyambut ulang tahun perkahwina­n ke-14. Jadi, anak, keluarga dan peminat hadir memberikan kejutan.

“Memandangk­an majlis dibuat di jakuzi rumah, saya ambil kesempatan untuk rakam video ini. Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air.

“Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?” katanya. Kuala Lumpur: Biarpun pernah tiba di Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal berketingg­ian 4,130 meter dari aras laut pada September tahun lalu, pelakon Nabila Huda, 34, gagal menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

Melalui ruangan Instagram Story, Nabila meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat merealisas­ikan impiannya menjejakka­n kaki ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu bersama anak dan suaminya kerana mengalami penyakit altitud.

Disebabkan penyakit itu, dia terpaksa dibawa turun malim gunung walaupun baki pendakian hanya tinggal tiga kilometer untuk sampai ke puncak.

“Saya sangat sedih kerana tidak dapat sampai ke puncak. Penyakit altitud ini memang teruk. Kepala pening rasa hendak pecah, lutut tegang dan demam.

“Sumpah naik Gunung Kinabalu tidak kelakar langsung. Jalannya memang dahsyat. Annapurna pun masih okey lagi,” tulis Nabila kelmarin.

Pun begitu, suaminya Mohd

 ??  ?? IFA
IFA
 ??  ?? NABILA bersama suami dan anak.
NABILA bersama suami dan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia