Harian Metro

‘Sah jika ikut rukun solat’

-

Kuala Lumpur: Mufti Negeri Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, solat yang dilakukan pelakon Fathia Latiff ketika berada di dalam kereta seperti yang tular Rabu lalu sah sekiranya atas alasan tertentu.

Bagaimanap­un solat itu perlu dilakukan mengikut rukunnya yang sempurna.

“Kalau tidak ikut rukun, solat itu tidak sah.

“Dari apa yang saya lihat, mungkin pelakon itu menghormat­i waktu solat yang sudah hampir habis. Kerana itulah dia bersolat di dalam kereta.

“Jadi, kalau benar itu niatnya, maka solat itu sah sekiranya dia ikut rukun solat,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, sekiranya keadaan darurat, seseorang itu dibenarkan bersolat ketika berada dalam kenderaan atau dalam perjalanan menuju ke sesuatu destinasi.

“Kalau keadaan benar-benar darurat, seseorang itu dibolehkan untuk bersolat di dalam kenderaan walaupun tanpa wuduk.

“Bagaimanap­un, apabila tiba di destinasi dia perlu qada semula solat itu supaya sah,” katanya.

Begitupun, dia menegaskan ada juga beberapa faktor lain yang perlu dititikber­atkan dalam solat.

“Perlu diingat, kereta bukanlah kapal terbang. Jadi, boleh berhenti di mana-mana apatah lagi negara kita ada banyak tempat yang menyediaka­n surau untuk bersolat dengan lebih sempurna.

“Kalau dia boleh berhenti dan banyak tempat yang dia boleh singgah untuk solat tetapi dia sengaja tak melakukann­ya, jatuh hukum haram,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia