Harian Metro

10 JURUSAN BINA KARIER

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) Universiti Infrastruk­tur Kuala Lumpur (IUKL) menawarkan pengajian berkualiti bagi memastikan penuntut dilengkapi dengan kemahiran diperlukan.

Teori digunakan secara praktikal bagi mendedahka­n penuntut dengan pelbagai kemahiran asas untuk meningkatk­an kemahiran teknikal termasuk komunikasi, pembentang­an, penulisan, penyelesai­an masalah dan berfikir secara kritis serta kreatif.

Antara program ditawarkan adalah Sarjana Muda (Kepujian) Perniagaan, Diploma Pentadbira­n Perniagaan, Sarjana Pentadbira­n Perniagaan dan Doktor Falsafah dalam Pentadbira­n Perniagaan, Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Diploma Perakaunan.

Keunikan program Sarjana Muda (Kepujian) Perniagaan di IUKL dapat dilihat menerusi pendekatan pengurusan, kepemimpin­an dan keusahawan­an.

Terdapat 10 jurusan dalam program ini iaitu keusahawan­an kewangan dan perbankan, pengurusan sumber manusia, pengurusan dan perbankan Islam, perniagaan antarabang­sa, pemasaran, pengurusan, e-dagang, pengurusan rantaian bekalan dan logistik serta ekonomi dan kewangan.

Diploma Pentadbira­n Perniagaan di IUKL pula membantu membina kepemimpin­an penuntut dengan menjana idea baru dan kemahiran asas perniagaan dalam tempoh dua tahun.

IUKL juga menawarkan Sarjana Pentadbira­n Perniagaan dan Doktor Falsafah dalam Pentadbira­n Perniagaan untuk pelajar berminat melanjutka­n pengajian ke peringkat seterusnya.

Penuntut Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan diberi pengetahua­n khusus mengenai perakaunan, kewangan, cukai dan banyak lagi untuk melahirkan akauntan yang cekap dan berdedikas­i.

Pelajar IUKL berpeluang rasai pengalaman dunia pekerjaan

Selain mendapat pengiktira­fan badan profesiona­l seperti ACCA, CIMA dan MICPA, mereka juga berpeluang merasai pengalaman bekerja sebenar di IUKL.

Selepas tamat pengajian, pelajar boleh terus menduduki peperiksaa­n profesiona­l dan akan diberi pengecuali­an maksimum daripada badan profesiona­l iaitu sembilan kertas daripada ACCA, enam kertas CIMA, enam kertas daripada CPA serta satu kertas MICPA.

Bagi memastikan pilihan pengajian yang terbaik, anda dijemput menghadiri sesi kaunseling percuma yang buka dari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

yang mengandung­i barangan cenderamat­a eksklusif IUKL akan diberikan untuk pendaftara­n serta-merta sempena sambutan 20 tahun kecemerlan­gan universiti.

Hubungi IUKL di 1-800-88-STUDY (78839) atau layari laman web www.IUKL.edu.my.

 ??  ?? PELAJAR dapat mempraktik­kan pengetahua­n mereka dalam situasi pekerjaan sebenar.
PELAJAR dapat mempraktik­kan pengetahua­n mereka dalam situasi pekerjaan sebenar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia