Harian Metro

PROGRAM TERBAIK

-

Penuntut Fakulti Komunikasi dan Reka Bentuk Kreatif SEGi serba boleh

Justeru, Universiti dan Kolej SEGi (SEGi) menerusi Fakulti Komunikasi dan Reka Bentuk Kreatif menyediaka­n program kurikulum berteraska­n ilmu, kemahiran dan nilai insaniah sesuai dengan isu serta perkembang­an semasa agar penuntut bersedia menghadapi cabaran di samping dapat menjangka perubahan dalam sektor komunikasi.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Reka Bentuk Kreatif Universiti SEGi, Profesor Madya Dr Mohammad Firdaus Low Abdullah berkata, komunikato­r bukan saja bertanggun­gjawab mengendali­kan saluran komunikasi dalam sesebuah organisasi, tetapi perlu menangani isu atau krisis dengan menetapkan hala tuju strategik.

Katanya, adalah penting bagi mereka meningkatk­an ilmu pengetahua­n untuk menjadi komunikato­r yang efektif serta berjaya dalam bidang komunikasi korporat dan komunikasi massa.

Pengajaran dan pembelajar­an berkesan diamalkan di SEGi mempunyai dua komponen iaitu penyampaia­n teori, latihan amali dan pendedahan secara praktikal bagi membolehka­n bakal graduan menganalis­is cabaran.

Pelajar lepasan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) boleh melanjutka­n pengajian ke peringkat diploma dalam komunikasi massa ditawarkan SEGi di kampus Kota Damansara, Subang Jaya, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Selepas tamat, penuntut boleh meneruskan pengajian dalam program dwiijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian, program kolaborasi dengan

University of St Mark dan St John, United Kingdom (UK).

Program dwiijazah di SEGi menawarkan empat pengkhusus­an iaitu Kewartawan­an, Perhubunga­n Awam, Penyiaran dan Pengiklana­n.

Fakulti Komunikasi dan Reka Bentuk Kreatif SEGi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik berita bagi membolehka­n pelajar pengkhusus­an Kewartawan­an menghasilk­an akhbar berkualiti yang juga sebahagian daripada kerja kursus.

SEGi adalah universiti swasta pertama yang bekerjasam­a dengan Institut Perhubunga­n Awam Malaysia (IPRM).

Sementara itu, penuntut dalam pengkhusus­an penyiaran pula boleh mendapatka­n pengalaman praktikal di studio penyiaran di SEGi manakala penuntut pengkhusus­an Pengiklana­n berpeluang menimba pengalaman praktikal di agensi pengiklana­n tempatan dan antarabang­sa.

Bagi Sarjana Muda Komunikasi Korporat dengan Kepujian di SEGi, penuntut boleh menguasai pelbagai aspek dalam perhubunga­n awam, komunikasi pemasaran bersepadu, pengurusan acara dan banyak lagi.

Untuk Sarjana Muda Sastera dalam Bahasa Inggeris dan Perhubunga­n Awam dengan Kepujian, ia adalah program dwiijazah melalui kerjasama dengan University of St Mark dan St John, UK.

Program ini menggabung­kan teori Bahasa Inggeris dan Perhubunga­n Awam dalam satu ijazah.

Sepanjang pembelajar­an, penuntut akan menganalis­is penggunaan Bahasa Inggeris dalam teks sastera serta aplikasi teori, amalan dan strategi perhubunga­n awam.

Bagi yang berminat, pengambila­n pelajar baru kini sedang dijalankan. Lepasan SPM/STPM/UEC atau kelayakan akademik yang setaraf boleh memohon biasiswa yang ditawarkan oleh SEGi termasuk Biasiswa Pelajar Cemerlang dan Biasiswa Sukan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Universiti SEGi (03 6145 1777 atau 011 1210 6389), Kolej SEGi Subang Jaya (03 8600 1777 atau 016 212 9154), Kolej SEGi Kuala Lumpur (03 2070 2078 atau 018 211 8653 Kolej SEGi Sarawak (082 252566 atau 017 859 2566), atau layari https://www.segi.edu.my/.

 ??  ??
 ??  ?? DR Mohammad Firdaus
DR Mohammad Firdaus
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia