Harian Metro

Sektor hartanah tumpuan utama KAPB

-

Koperasi Pelaburan Amanah Berhad (KAPB) masih menjadikan sektor hartanah sebagai tumpuan utamanya iaitu pemacu terhadap pertumbuha­n pendapatan dan saiz dana koperasi pelaburan itu.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Datuk Ilyas Mohamed berkata, memandangk­an berlaku penurunan harga hartanah bagi pasaran tempatan, pihaknya melihat ia sebagai peluang baik untuk digunakan sepenuhnya.

Beliau berkata, sebelum ini, selain Malaysia, KAPB turut mempunyai pelaburan hartanah di United Kingdom (UK) dan Dubai menjadikan keseluruha­n segmen itu menyumbang lebih 40 peratus kepada pelaburan koperasi itu.

“Meskipun berlaku situasi yang tidak menentu dalam pasaran hartanah, tidak salah untuk terbabit dalam bidang ini kerana ia akan memberikan hasil kepada pelaburnya.

“Dengan situasi ketika ini, ia adalah masa yang tepat untuk kita membeli dan melabur dalam hartanah kerana ia mampu memberikan pulangan yang lebih baik pada masa depan.

“Bagi kami, dalam segmen ini banyak perkara perlu dilaksanak­an seperti mengumpul hartanah dan kemudian, sebahagian­nya mungkin akan dijadikan dana unit pelaburan hartanah (REIT),” katanya, di sini.

Koperasi pelaburan itu setakat ini mempunyai saiz dana lebih RM100 juta dan berhasrat untuk menambah kira-kira RM200 juta dana ke dalam dana sedia ada.

Selain hartanah, KAPB juga mempunyai pelbagai portfolio pelaburan seperti automotif, perkhidmat­an pembiayaan dan Ar-Rahnu serta bakal membuka sebuah hospital swasta dan saluran televisyen tidak berbayar pada Disember ini.

 ??  ??
 ??  ?? ILYAS
ILYAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia