Harian Metro

PERMUDAH BELI RUMAH

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

 Finology tawar dua produk baru melancarka­n urusan sebelum, semasa pembelian rumah kediaman

Finology Sdn Bhd (Finology) yang dikenali menerusi laman web kewangan peribadi loanstreet.com.my menawarkan dua produk baru bagi melancarka­n urusan sebelum dan semasa pembelian rumah kediaman.

Produk itu adalah Loan Scoring, iaitu penyelesai­an kepada Laporan Penilaian Kredit untuk pemaju hartanah tempatan bagi menilai potensi pembeli rumah.

Selain Loan Scoring, produk lain ialah DSuite yang direka untuk menawarkan penyelesai­an digital menyeluruh kepada pemaju hartanah untuk kemudahan pemantauan keseluruha­n proses dari peringkat penilaian sehingga selesai proses permohonan pembiayaan rumah.

Pengasas dan Pengarah Urusan Finology, Jared Lim berkata, dua produk itu bukan saja mampu untuk memberi manfaat kepada pemaju hartanah, malah ia turut memudahkan urusan pembeli rumah.

Beliau berkata, produk itu juga adalah yang pertama seumpamany­a diperkenal­kan di negara ini dan optimis ia berupaya untuk merancakka­n kembali transaksi pembelian dalam sektor hartanah tempatan.

“Kami mampu menjana Laporan Penilaian Pinjaman yang komprehens­if kepada pembeli rumah dalam tempoh 30 minit saja.

“Berdasarka­n laporan itu, pembeli boleh mengetahui kelayakan pinjaman dan jumlah pembiayaan maksimum dari 15 bank berbeza. “Aspek yang dipertimba­ngkan dalam laporan ini, termasuk penilaian CCRIS dan CTOS bakal pembeli, Purata Perkhidmat­an Hutang individu atau pembelian bersama serta kriteria spesifik dari 15 bank,” katanya, di sini.

Loanplus menyediaka­n laporan penilaian kredit yang dijana kurang dari 30 minit dengan akses kepada 15 bank berserta saranan pembiayaan.

Menerusi saranan dalam laporan itu, pembeli mempunyai pilihan memilih bank yang boleh menawarkan pembiayaan bersesuaia­n dengan kehendak pembeli.

Lim berkata, mengenai DSuite, pihak pemaju dapat memantau proses permohonan pembiayaan yang dilakukan oleh pembeli di pelbagai peringkat proses pembiayaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia