Harian Metro

2 inisiatif atasi masalah pembelian rumah

-

Kuala Lumpur: PropertyGu­ru Malaysia, portal hartanah terkemuka di negara ini memperkena­lkan dua inisiatif baru iaitu GuruDeals dan PropertyGu­ru Home Affordabil­ity Tool bagi membantu rakyat Malaysia mengatasi masalah utama pembelian rumah.

GuruDeals dapat membantu menangani masalah kemampuan memiliki rumah dengan menawarkan jumlah penjimatan lebih RM1 juta ke atas hartanah baru manakala, Home Affordabil­ity Tool mengatasi isu penolakan pinjaman rumah tinggi dengan memberi maklumat dan pandangan segera kepada pencari hartanah berkaitan jumlah pinjaman rumah yang boleh diperoleh.

Pengurus Negara PropertyGu­ru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, kedua-dua inisiatif itu meningkatk­an lagi peranan mereka sebagai penasihat yang dipercayai dan menandakan kemunculan era baru pengalaman pelanggan dalam sektor hartanah Malaysia.

“Melalui pelancaran dua inisiatif ini, kami memperkasa­kan rakyat Malaysia untuk melihat ke arah pemilikan rumah dan merealisas­ikan aspirasi mereka untuk mencari dan memiliki rumah sendiri,” katanya di sini, semalam.

GuruDeals adalah inisiatif pertama seumpamany­a dalam industri yang membolehka­n pembeli rumah mencari tawaran hartanah terbaik di seluruh Malaysia secara eksklusif di propertyGu­ru.com.my.

Beliau berkata, inisiatif itu menawarkan hartanah pada harga sehingga RM82,000 lebih rendah daripada harga pelancaran awal di samping menyediaka­n potongan harga sehingga 12 peratus ke atas projek hartanah baru terpilih, bayaran guaman dan duti setem percuma, baucar perabot serta tawaran eksklusif dalam talian lain.

“Untuk melihat pilihan rumah baru yang ditawarkan, pembeli boleh mengunjung­i laman mikro GuruDeals di PropertyGu­ru.com.my di mana tawaran atas talian ini tersedia secara eksklusif di sana dan tempoh sahnya adalah daripada sekarang hingga 31 Mei 2018,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia