Harian Metro

BUKA ENAM CAWANGAN BARU

Big Apple komited hasilkan 16 juta donat setahun

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Big Apple Interasia Sdn Bhd (Big Apple), jenama donat terkemuka tempatan berupaya menghasilk­an secara purata 44,000 donat sehari sehingga 16 juta donat setahun.

Pengarah Urusannya, Keiji Sunami berkata, sepanjang 11 tahun pembabitan jenama donat itu dalam pasaran negara ini, pihaknya berusaha menawarkan pilihan donat terbaik kepada pelanggan.

Beliau berkata, donat Big Apple mendapat tempat dalam kalangan orang ramai kerana tekstur donat yang lembut dan gebu serta pelbagai pilihan rasa menepati kehendak pasaran.

“Kami sentiasa menjadikan pelanggan keutamaan dan berdasarka­n maklum balas orang ramai, Big Apple adalah jenama yang begitu dekat dengan mereka.

“Melihat kepada pasaran makanan dan minuman di Malaysia, ia mempunyai peluang pertumbuha­n yang positif kepada syarikat yang memberikan ruang kepada ini untuk terus berkembang,” katanya.

Big Apple memulakan perniagaan­nya di The Curve, Bandar Utama pada 2007 dan sehingga kini mempunyai 88 cawangan di seluruh negara khususnya di pusat beli-belah utama.

Sunami berkata, tahun ini pihaknya merancang membuka enam cawangan donat Big Apple yang juga memberi fokus di beberapa lokasi berpotensi khususnya di Pulau Pinang dan Melaka.

“Bagi inisiatif pembukaan cawangan baru tahun ini, kami mempunyai kelainan sedikit iaitu bagi setiap satu cawangan baru ada tiga kios yang dibuka berhampira­n.

“Pembukaan cawangan baru perlu dilaksanak­an sebaiknya kerana ia memerlukan perancanga­n tepat supaya memenuhi kriteria pasaran,” katanya.

Selain Malaysia, Big Apple mempunyai operasi di Kemjenama boja yang dikendalik­an menerusi lima cawangan di Phnom Penh iaitu Boeung Keng Kang, Mao Tse Tong, Toul Kork, Kampuchea Krom Blvd, Phnom Penh dan Boeung Trabek.

Mengulas mengenai status pensijilan halalnya, Sunami berkata, Big Apple menawarkan rangkaian produk disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak ia mula berada di pasaran.

 ?? FOTO: YUSNI ARIFFIN ?? SUNAMI menunjukka­n pelbagai jenis donat yang dikeluarka­n Big Apple.
FOTO: YUSNI ARIFFIN SUNAMI menunjukka­n pelbagai jenis donat yang dikeluarka­n Big Apple.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia