Harian Metro

Bezza GXtra tawar lebih nilai

-

Perusahaan Otomobil

Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yakin varian terbaru model Bezza iaitu Bezza GXtra akan terus mendapat tempat dalam kalangan pengguna memandangk­an ia menawarkan lebih nilai pada harga mampu milik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

PERODUA, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, varian itu menggantik­an varian 1.0 Standard G.

“Varian baru ini ditawarkan pada harga RM35,000 untuk manual dan RM37,500 automatik serta kini dibuka untuk tempahan.

“Bezza baru ini didatangka­n dengan skirt sisi serta pemegang pintu luar krom dan boleh didapati dalam warna Ocean

Blue yang sebelum ini ditawarkan pada varian 1.3L.

“Di bahagian dalam, papan pemuka dan panel audio dihiasi kemasan piano

black manakala corong udara, sayap stering serta tapak gear dihiasi trim warna terang bagi menghasilk­an suasana unggul.

“Ia juga dilengkapi Bluetooth pada sistem audio,” katanya pada majlis perasmian Perodua Bezza GXtra sempena Malaysia Autoshow 2018, di sini.

Pelancaran Bezza GXtra itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dr Aminar Rashid berkata, model Bezza menjadi sedan paling laris di Malaysia dengan jualan hampir 100,000 unit sejak diperkenal­kan pada pertengaha­n 2016.

“Bezza menjadi pilihan orang ramai khususnya keluarga kecil kerana kos pemilikan rendah, pemanduan mudah dan ruang luas.

“Bezza GXtra mewakili langkah seterusnya dalam jangka hayat model ini. Dengan menyediaka­n spesifikas­i trim setanding Bezza 1.3 Premium X, kami memberikan lebih nilai kepada pelanggan berbanding sebelumnya,” katanya.

Bezza GXtra dikuasakan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan VVT-i dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan E-AT.

 ??  ?? BEZZA GXtra ditawarkan pada harga RM35,000 untuk varian manual.
BEZZA GXtra ditawarkan pada harga RM35,000 untuk varian manual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia