Harian Metro

SELAMBA JINJING KEPALA

- Daily Mail

Seorang lelaki yang dipercayai membunuh dan memenggal isterinya dengan selamba dilihat berjalan membawa kepala mangsa di satu lorong.

Kejadian dikatakan berlaku ketika lelaki terbabit, Zhang, 31, bertelingk­ah dengan isterinya sebelum mengerat kepala mangsa dan membuangny­a ke dalam tong sampah.

Satu rakaman kamera pengawasan menunjukka­n Zhang keluar dari sebuah bangunan sambil memegang kepala yang dikerat itu dengan tangan kirinya.

Beberapa jiran turut dilihat berjalan di lorong terbabit namun lelaki berkenaan kelihatan tenang sebelum membuang kepala isterinya.

Portal Southern.cn melaporkan, kejadian berlaku di Guangzhou, wilayah Guangdong ketika orang ramai masih sibuk bekerja di kilang pakaian berhampira­n.

Seorang jiran dikenali sebagai Wang memberitah­u wartawan, dia melihat seorang lelaki berjalan di lorong itu dalam keadaan berlumuran darah.

“Lelaki itu tingginya kira-kira 170 sentimeter dan kelihatan kesan darah penuh pada baju serta kasutnya,” katanya.

Seorang lagi berkata, pekerja pembersiha­n menemui kepala isterinya di dalam tong sampah sebelum melaporkan kepada polis.

Bagaimanap­un, Zhang dilaporkan sudah menyerah diri kepada polis beberapa hari lalu dan ditahan atas tuduhan membunuh.

 Lelaki bunuh, penggal isteri selepas pergaduhan

Menerusi satu kenyataan, polis Guangzhou mengesahka­n penangkapa­n Zhang kerana membunuh isterinya, Xia yang berusia 28 tahun.

“Suspek membunuh isterinya disebabkan pertengkar­an keluarga. Dia kemudian menyerah diri kepada polis Guangzhou sekitar jam 8 pagi,” kata kenyataan itu.

 ??  ?? ZHANG berjalan selamba membawa kepala isterinya. - Daily Mail
ZHANG berjalan selamba membawa kepala isterinya. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia