Harian Metro

‘Gelang’ getah benam kulit

-

Beijing: Lengan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa dibedah selepas doktor mendapati getah yang dipakai sejak beberapa bulan lalu, tertanam di dalam kulitnya.

Kejadian disedari datuk dan neneknya yang melihat lengan cucu mereka bengkak, awal tahun ini, lapor portal Hangzhou.com.

Kanak-kanak dengan nama samaran Le Le itu turut mengadu sakit selain kebas di tangan.

Dia dikatakan memakai getah itu di lengannya terlalu lama menyebabka­n daging terbentuk di sekeliling getah berkenaan.

Le Le dijaga datuk dan neneknya di Linquan, wilayah Anhui manakala ibu bapanya bekerja di wilayah lain.

Daily Mail melaporkan, getah itu sebenarnya tertanam di lengannya sekurang-kurangnya enam bulan sejak lewat tahun lalu.

Kanak-kanak itu dibawa ke beberapa hospital tempatan sebelum dirujuk ke Hospital Kanak-kanak Zhejiang.

Pada mulanya, seorang doktor, Ye Wensong memberitah­u keluarga Le Le bahawa ada objek seperti gelang yang tumbuh di lengannya dan mungkin berpunca daripada getah terbabit.

Imbasan sonografi mengesahka­n perkara apabila getah itu dilihat tertanam di lengan Le Le.

Dia kemudian menjalani pembedahan 30 minit untuk membolehka­n doktor mengeluark­an getah berkenaan.

Dr Ye memberitah­u portal berita The Paper, ia kali pertama dia melihat ke seperti itu sepanjang tempoh 20 tahun kerjayanya.

Dia turut menasihatk­an ibu bapa untuk mengawasi anak masing-masing ketika bermain getah. - Daily Mail

 ??  ?? LENGAN kanak-kanak itu yang bengkak sebelum getah dikeluarka­n. - Daily Mail
LENGAN kanak-kanak itu yang bengkak sebelum getah dikeluarka­n. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia