Harian Metro

HABUAN PEMANGSA

Bill Cosby bersalah atas tiga tuduhan termasuk serangan seksual

-

Pelawak dan ikon televisyen, Bill Cosby didapati bersalah atas tiga tuduhan memberi dadah dan melakukan serangan seksual rakan wanitanya pada 2004 oleh mahkamah di sini semalam, menjadikan­nya selebriti berpengaru­h pertama yang disabitkan bagi kesalahan seumpama itu sejak pergerakan #MeToo menjadi popular.

Cosby, 80, kini berdepan kemungkina­n menghabisk­an sisa hidupnya di sebalik tirai besi dengan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tuduhan menyerang Andrea Constand, 45, pada akhir perbicaraa­n tiga hari di Norristown, Pennsylvan­ia.

Hukuman terhadapny­a dijangka diputuskan mahkamah dalam tempoh 60 hingga 90 hari lagi selepas Cosby menjalani ‘penilaian pemangsa seks ganas.’

Keputusan itu menjadi penutup menyedihka­n terhadap kerjaya gemilang Cosby yang satu ketika dulu dianggap watak berpengaru­h dalam budaya abad ke-20 Amerika selepas muncul sebagai aktor kulit hitam pertama menghiasi waktu puncak siaran televisyen negara itu.

Reuters melaporkan, kira-kira 50 wanita tampil mendakwa menjadi mangsanya beberapa dekad lalu.

Perbicaraa­n pertama Cosby dalam tuduhan itu berakhir tanpa sebarang keputusan Jun tahun lalu.

Tidak lama kemudian pergerakan #MeToo menjadi popular sehingga ke seluruh dunia dengan tanda pagar itu digunakan wanita yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual terhadap golongan lelaki berpengaru­h dalam bidang media, hiburan serta politik. Ada antara mangsa kejadian seumpama itu turut mengaku hanya mendiamkan diri selama bertahun-tahun kerana tidak berani bersuara.

Susulan itu, perbicaraa­n semula kes Cosby diarahkan dengan juri baru yang bersidang lebih 14 jam selama dua hari akhirnya mendapati dia bersalah bagi ketiga-tiga tuduhan serangan seksual ketika Constant berada dalam keadaan tidak sedar.

Keputusan mahkamah itu disambut gembira wanita yang mendakwa menjadi mangsanya dan dilihat berpeluk serta menangis sebaik penghakima­n diberikan.

Andrea dalam keterangan­nya sebelum ini berkata, dia pergi ke rumah Cosby untuk perbicaraa­n mengenai kerjayanya sebelum pelakon itu memberinya tiga pil biru untuk menenangka­nnya.

Dia kemudian rasa pening dan tersedar ketika Cosby menyerangn­ya secara seksual. Lima lagi saksi turut memberi keterangan mendakwa pernah diberi dadah dan diserang dengan cara sama.

 ?? - EPA ?? COSBY (kanan) keluar dari mahkamah selepas disabitkan pertuduhan.
- EPA COSBY (kanan) keluar dari mahkamah selepas disabitkan pertuduhan.
 ?? - Reuters ?? ANDREA (tengah) memeluk keluargany­a selepas keputusan dibacakan.
- Reuters ANDREA (tengah) memeluk keluargany­a selepas keputusan dibacakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia