Harian Metro

BAHANA NAK MURAH

Kegagalan atlet angkat berat dalam ujian doping bukti kecacatan sistem pengurusan

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

“Ada kecacatan dalam sistem pengurusan ujian doping.” Itulah kesimpulan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad (gambar) susulan kes terbaru membabitka­n atlet angkat berat negara yang juga pemenang pingat di Sukan Komanwel Gold Coast, baru-baru ini disahkan gagal ujian doping.

Menariknya dalam kes itu, Mazlan berkata, atlet terbabit bukan gagal doping di Gold Coast, sebaliknya gagal dalam ujian doping khas yang diadakan, di sini, sebelum berlepas ke temasya kedua terbesar dunia itu.

Justeru, katanya, tindakan membenarka­n atlet terbabit bertanding di temasya kedua terbesar dunia itu sebelum keputusan diketahui adalah sesuatu yang janggal.

“Dalam kes ini sepatutnya ujian perlu diadakan lebih awal dan atlet hanya dibenarkan beraksi di temasya itu selepas keputusan ujian berkenaan diketahui.

“Lambat memperoleh keputusan hanyalah satu alasan kerana kita sebenarnya boleh mendapat keputusan yang segera dari makmal di India atau Bangkok tetapi perlulah membayar dengan

harga yang mahal,” katanya semalam.

Kelmarin, Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) akhirnya mengesahka­n atlet angkat berat yang beraksi di Sukan Komanwel positif doping yang dijalankan agensi itu bersama dua lagi rakannya sebelum mereka berlepas ke Gold Coast.

Pengarah ADAMAS, Datuk Dr Ramlan Aziz berkata, ujian itu dilakukan atas permintaan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) selepas ketiga-tiga atlet berkenaan baru pulang dari menjalani latihan dan pertanding­an di Balikpapan, Indonesia.

“Dalam kes istimewa seperti ini, kita sepatutnya sedia untuk berbelanja. Kalau sebab murah, itu yang jadi macam ini. Nak mahal ke nak murah, terserahla­h,” tambah Mazlan.

Beliau berkata, sukan berisiko seperti angkat berat sepatutnya ujian doping dilakukan lebih awal dan atlet terbabit boleh disekat daripada menyertai kejohanan.

“Ini keputusan ujian doping belum ada, tetapi sudah menyertai kejohanan lain. Ini bermakna ada kelemahan dalam pengurusan ujian rawak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia