Harian Metro

IDAM WAKILI MALAYSIA

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

 Iskandar jaguh berbasikal dalam pembikinan

Mengaku meminati jaguh berbasikal negara, Azizulhasn­i Awang yang juga bekas pemegang jersi pelangi susulan kejayaan menjuarai Kejohanan Dunia di Hong Kong tahun lalu membuatkan jaguh cilik negara, Muhammad Iskandaria­h Medina bertekad untuk

Soalan (S): Sejak bila mula berkecimpu­ng dalam sukan berbasikal dan siapa yang memperkena­lkan anda kepada sukan ini?

Jawapan (J): Saya mula berkecimpu­ng dalam sukan berbasikal pada 2016. Pada mulanya saya hanya ikut kawan-kawan berbasikal. Selepas itu, ibu menyenarai­kan saya dalam pertanding­an Junior Cycling Malaysia (JCM). Perlumbaan JCM pertama saya di Johor Bahru pada tahun 2016 dan sejak itu saya mula serius mengikut pertanding­an anjuran JCM.

S: Kenapa anda memilih sukan ini berbanding sukan lain? mengikut jejak idolanya.

Biarpun baru dua tahun menceburi sukan ini, kematangan pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu dalam setiap siri kejohanan berbasikal remaja tempatan sering membuahkan kejayaan. Maka tidak hairan jika Iskandaria­h dilabel antara jaguh dalam pembikinan buat pasukan kebangsaan.

Ikuti temubual Arena Metro bersama Iskandaria­h.

J: Ada dua jenis sukan yang saya minat iaitu bola sepak dan basikal. Tapi, saya tak boleh buat dua sekali gus, jadi saya memilih basikal kerana ia menyeronok­kan.

S: Anda juga masih bersekolah, bagaimana anda membahagik­an masa antara pelajaran dan latihan?

J: Untuk membahagik­an masa latihan dan pelajaran bagi saya tak ada masalah sangat. Saya duduk di asrama, jadi bila waktu ulangkaji pelajaran waktu malam, saya gunakan masa itu dengan sebaik-baiknya. Lagipun, sekolah saya sekarang SMK Dato Sri Amar Diraja Muar sangat membantu. Mereka banyak memberi ruang untuk kami atlet berbasikal menyertai perlumbaan.

S: Apa impian anda dalam sukan ini?

J: Saya impikan yang satu hari nanti saya akan dapat bersaing dengan jaguh-jaguh berbasikal dari seluruh dunia dalam Sukan Olimpik.

S: Apa sasaran anda dalam sukan ini?

J: Sasaran untuk jangka masa terdekat, saya harap dapat terpilih menyertai JCM dan CIMB Tour of Europe pada Jun depan. Sasaran jangka panjang pula, saya mahu menempatka­n nama dalam senarai atlet berbasikal negara, insya-Allah.

S: Siapa idola anda dalam sukan ini dan mengapa memilihnya?

J: Idola saya ialah Azizulhasn­i Awang. Saya suka dedikasi dan semangat yang ditunjukka­nnya.

Dia memberi saya inspirasi yang kita boleh menang kalau kita nak menang, dan dia jujur dengan latihan. Saya nak jadi jujur dalam membuat latihan.

 ??  ?? bersama ibunya, ISKANDARIA­H
dan Ya'cob (berdiri)
Suzana
Mat Terudi. opahnya, Nariah ISKANDARIA­H mahu contohi semangat dan komitmen Azizulhasn­i.
bersama ibunya, ISKANDARIA­H dan Ya'cob (berdiri) Suzana Mat Terudi. opahnya, Nariah ISKANDARIA­H mahu contohi semangat dan komitmen Azizulhasn­i.
 ??  ?? ISKANDARIA­H sasar sertai JCM dan CIMB Tour of Europe Jun depan.
ISKANDARIA­H sasar sertai JCM dan CIMB Tour of Europe Jun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia