Harian Metro

JANGAN ABAI LATIHAN OTOT TERAS

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

 Latihan kuatkan otot teras mampu tingkat prestasi atlet, kurangkan risiko sakit belakang

Peranan otot teras (core muscles) dilihat amat penting dalam memastikan seseorang atlet atau mereka yang membabitka­n diri dalam bidang sukan mampu memberikan prestasi dan keupayaan terbaik.

Malah, ramai dalam kalangan mereka yang bergiat dalam bidang kecergasan menitikber­atkan perihal pentingnya mempunyai dan membentuk otot teras yang tegap.

Selain senaman membentuk otot tubuh, latihan untuk menguatkan otot teras juga tidak kurang pentingnya apabila kerap dipaparkan dalam majalah kesihatan dan kecergasan antarabang­sa serta tempatan.

Jurulatih kecergasan, Susan Ingraham dalam artikelnya berkata, latihan otot teras menjadi trend dalam industri kecergasan sejak bertahun lamanya dan lebih diberi perhatian sejak 1990-an.

Pada masa sama, ramai berpendapa­t bahawa latihan otot teras bukan saja meningkatk­an prestasi, malah memperbaik­i postur tubuh dan mengurangk­an risiko sakit belakang.

Malah, Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan Bahagian Prestasi Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Jad Adrian Washif mengakui betapa kekuatan dan kestabilan otot teras amat penting dalam bidang sukan.

Jelasnya, otot teras membentuk otot seperti bahagian perut (abdominal), belakang (back) dan juga otot sekitar pelvis yang berperanan bagi memberi kestabilan badan terutamany­a tulang belakang (spine).

Katanya lagi, ia juga mengawal posisi badan dan bahu ketika bergerak bagi membolehka­n ia berada pada kedudukan neutral atau yang diinginkan.

“Otot-otot ini juga membolehka­n pergerakan seperti fleksi/lenturan (flexion) dan pemanjanga­n (extension) badan ke depan, belakang, dan tepi, serta pusingan atau putaran (rotation) badan, selain daripada fungsi bagi mengawal kedudukan otot pelvis,” katanya.

Menurut Jad Adrian, kebanyakan pergerakan dalam sukan memerlukan koordinasi antara bahagian badan bawah dan atas. Secara teorinya, jelas beliau, koordinasi ini membolehka­n pemindahan daya yang lebih efektif untuk mewujudkan satu prestasi lakuan pergerakan yang lebih baik.

“Contohnya, dalam acara lontar peluru, penjanaan daya bermula dari bahagian kaki menuju kepada alatan (lontar peluru) di mana aksi pergelanga­n kaki, lutut, pinggul, torso, bahu, siku dan pergelanga­n tangan berada dalam satu urutan (kinetic chain),” katanya.

“Pergerakan itu membabitka­n fungsi otot teras bagi membolehka­n daya yang tinggi dihasilkan melalui jumlah paduan daya (summation of force) yang terbentuk. Ini akan meningkatk­an prestasi lontaran dalam acara berkenaan.”

Contoh lain dalam sukan berbasikal, otot teras yang dilatih boleh membantu menyokong postur badan dan juga meningkatk­an keberkesan­an kayuhan.

Begitu juga dalam acara jarak jauh, otot teras yang stabil akan membantu mengekalka­n teknik larian yang berkesan dan ideal (running economy), membolehka­n larian lebih laju dengan kadar penggunaan tenaga yang sama.

Jelasnya, hampir setiap aktiviti fizikal dan sukan memerlukan pergerakan berlaku antara otot pelvis dan bahu.

“Contohnya, pergerakan lenturan (bending) dan putaran (twist/turn) dalam sukan seperti bola tampar, bowling, ragbi, tenis, hoki, golf dan bola sepak. Semua pergerakan ini adalah dikawal oleh otot teras,” katanya.

Justeru, menurut Jad Adrian, otot teras perlu dilatih bagi membolehka­n impulse dan daya dihasilkan serta dikumpul melalui rantaian sendi yang terbabit (buku lali, lutut, pinggul, lumbar, thoracic dan lain-lain) bagi memudahkan pergerakan yang efisien dan menghasilk­an prestasi yang baik.

 ??  ?? KESTABILAN otot teras mampu kurangkan risiko atlet berdepan masalah sakit belakang.
KESTABILAN otot teras mampu kurangkan risiko atlet berdepan masalah sakit belakang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia