Harian Metro

SERONOK PENCABAR BERANG

-

 Hamilton semakin ‘menghormat­i’ Vettel sejak

bertembung dalam Grand Prix Azerbaijan

Lewis Hamilton kini semakin ‘menghormat­i’ Sebastian Vettel sejak mereka bertembung dalam insiden pelanggara­n pada perlumbaan Grand Prix Azerbaijan tahun lalu.

Juara dunia empat kali itu berkata, tindakan bekas juara dari Jerman itu agak memalukan apabila jentera Ferrari yang dipandunya merempuh Mercedes yang dipandu Hamilton dalam perlumbaan tahun lalu.

Vettel begitu berang dan bertindak balas seolah-olah dia menjadi mangsa ujian brek Hamilton yang memandu di depannya sewaktu mengikuti kereta keselamata­n.

Selepas perlumbaan, pelumba Inggeris berkenaan mengakui tindakan Vettel itu memalukan namun semalam, dia mengambil pendekatan lebih tenang berbanding empat tahun lalu.

“Seronok apabila melihat kemarahan dalam diri pencabar anda,” kata Hamilton.

“Ia juga bagus apabila melihat bahawa mereka bukannya sempurna kerana tiada siapa yang sempurna, kami semua melakukan kesilapan tetapi ia lebih kepada bagaimana mereka mengendali­kan dan meneruskan­nya, itu boleh anda pelajari daripada mereka.”

“Rasa hormat itu semakin bertambah, sebenarnya, pada tahap yang sepatutnya sejak itu.

“Saya yakin ia akan berterusan. Dia semakin matang menjadi seorang juara yang selayaknya, bagaimana dia membawa diri, bagaimana dia bercakap, dia semakin menunjukka­n kematangan.”

Menurut Hamilton, dia menjangkak­an satu lagi persaingan sengit dengan Vettel dan Ferrari hujung minggu ini.

“Pasukan lain juga menunjukka­n peningkata­n,” kata Hamilton. “Kami juga menunjukka­n peningkata­n, namun mereka mempamerka­n peningkata­n ketara.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia