Harian Metro

WENGER BERANG

- AFP

 Kepincanga­n pertahanan Gunners bawa bencana

apabila Griezmann sumbat gol buat Atletico

Pengurus Arsenal Arsene Wenger kecewa dengan isu kepincanga­n di bahagian pertahanan yang berterusan apabila pasukannya gagal memanfaatk­an kelebihan beraksi dengan kelebihan seorang pemain dalam tempoh 80 minit untuk seri 1-1 dengan Atletico Madrid dalam aksi pertama separuh akhir Liga Europa awal pagi semalam.

Jaringan Antoine Griezmann di tempat lawan lapan minit sebelum tamat perlawanan benar-benar menghampak­an Wenger yang ingin berundur dengan bergaya selepas 22 tahun di kelab itu pada 16 Mei ini, juga peluang Arsenal beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Kad merah yang dilayangka­n kepada Sime Vrsaljko pada awal perlawanan wajar memberi kelebihan buat Gunners yang bagaimanap­un gagal menyempurn­akan peluang sebelum dan selepas tandukan Alexandre Lacazette yang meletakkan mereka di depan selepas sejam beraksi.

“Saya fikir kami mempamerka­n aksi yang kami mahukan tetapi keputusann­ya tidak setanding dengan aksinya,” kata Wenger.

(gambar)

“Kami hanya boleh menyalahka­n diri sendiri kerana 1-0 adalah keputusan yang sempurna di laman sendiri. Kami tidak sepatutnya melakukan kesilapan, ia bagaikan mengulang cerita lama.” Jurulatih Atletico Diego Simeone turut diarah pergi ke bangku penonton tidak lama selepas Vrsaljko dibuang padang namun kelab Sepanyol itu mempamerka­n aksi kental dan Simeone memuji ketabahan mereka.

“Anda tidak tahu betapa sukarnya untuk bertahan, bertahan dan terus bertahan,” kata Simeone.

“Anda memerlukan keberanian luar biasa untuk bertahan lebih daripada 80 minit seperti itu. Pemain Atletico Madrid adalah wira kerana bertahan seperti itu.”

Arsenal kini perlu menjadi pasukan pelawat pertama menjaringk­an gol dalam 12 perlawanan di laman Atletico Wanda Metropolit­ano minggu depan untuk mara ke peringkat seterusnya dan Simeone menggesa sokongan penonton untuk mencipta suasana luar biasa.

Sementara itu, jaringan Florian Thauvin dan pemain gantian, Clinton Njie memberikan kemenangan Marseille 2-0 ke atas Salzburg dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Dimitri Payet membantu kedua-dua jaringan Marseille di laman Velodrome, ketika 62,000 penonton yang menyaksika­n jaringan awal Thauvin sangsi sama ada bola terkena tangannya ketika melakukan jaringan itu.

Pemain Cameroon, Njie menjadikan kedudukan 2-0 kurang daripada tiga minit selepas diturunkan sebagai pemain simpanan untuk meletakkan Marseille di depan menjelang aksi timbal balik di Austria minggu depan.

“Ia keputusan yang baik. Kami mahu menang dan ia berjaya dilakukan. Kejayaan melakukann­ya tanpa bolos sesuatu yang menarik,” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia.

“Kami sedar bahawa kami masih belum selamat. Kami perlu ke sana untuk menjaringk­an sekurang-kurangnya satu gol dan menang perlawanan.

“Kami perlu buktikan bahawa kami berhak untuk

ke final.”

 ??  ?? TANDUKKAN Lacazette meletakkan Arsenal di depan. AKSI Griezmann melepasi pertahanan Arsenal sebelum menyumbat gol di laman lawan.
TANDUKKAN Lacazette meletakkan Arsenal di depan. AKSI Griezmann melepasi pertahanan Arsenal sebelum menyumbat gol di laman lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia