Harian Metro

LIVERPOOL PINCANG?

- AFP

Liverpool

Kepintaran Mohamed Salah berjaya mengalihka­n perhatian daripada kepincanga­n Liverpool di bahagian tengah dalam misi kelab itu menamatkan musim ini dengan penuh bergaya.

Skuad Juergen Klopp menanti kunjungan Stoke City dalam aksi Liga Perdana Inggeris esok dengan keyakinan tinggi selepas kemenangan hebat 5-2 ke atas Roma dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu lalu.

Salah mempamerka­n aksi memukau ke atas kelab lamanya, menjaringk­an dua gol dan membantu dua jaringan untuk mengumpul 43 jaringan musim ini.

Dia hanya memerlukan empat gol lagi untuk menyamai rekod Ian Rush bagi jaringan terbanyak pada satu musim di Liverpool yang dilakukann­ya pada 1983-84.

Biarpun namanya terus menjadi topik perbincang­an selepas perlawanan itu di mana pemain Mesir itu mampu menjadi pencabar anugerah Ballon d’Or, wujud kebimbanga­n mengenai kecederaan Alex Oxlade-Chamberlai­n yang mungkin memberi kesan terhadap impian Liverpool.

Pemain England itu akan terlepas aksi Piala Dunia selepas mengalami kecederaan ligamen lutut ketika berlanggar dengan

Aleksandar

Kolarov dan ketiadaann­ya mula meresahkan Klopp.

Liverpool tidak mempunyai banyak pilihan di bahagian tengah selepas

Emre Can mengalami kecederaan belakang dan Adam Lallana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.

Pemain tengah senior yang dimiliki Klopp ketika ini adalah tiga pemain yang beraksi dalam perlawanan Rabu lalu iaitu Jordan Henderson, Georginio Wijnaldum dan James Milner dan dia tidak mahu kehilangan mereka akibat kecederaan sebelum perlawanan kedua menentang Roma di Itali awal pagi Khamis.

Namun, pengurus itu hanya mempunyai dua pilihan jika mahu merehatkan mana-mana pemainnya ketika menentang Stoke, sama ada menukar formasi 4-3-3 yang menjadi pilihannya musim ini atau pun menurunkan pemain muda dalam kesebelasa­n utama.

Liverpool pada masa sama tidak boleh menurunkan skuad yang terlalu lemah malam esok memandangk­an mereka masih memerlukan lima mata maksimum daripada tiga perlawanan terakhir untuk memastikan penyudah empat tangga teratas dan tiket ke Liga

Juara-Juara musim depan.

 Klopp tak banyak pilihan di jentera tengah

selepas kehilangan Chamberlai­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia