Harian Metro

Kehadiran JDT ujian getir buat Kelantan

- BOLA SHEBBY bersama Serbegeth Singh

angin perubahan mula bertiup di pantai timur dengan pasukan Kelantan mengambil langkah untuk melakukan perubahan. Hari ini, pendahulu Liga Super akan berkunjung ke Kota Bharu. JDT menjadi satu ujian getir bagi Kelantan dan jurulatih mereka Fajr Ibrahim.

Dengan sokongan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan maka jurulatih dari Syria itu sudah mengorak langkah dengan mengetepik­an beberapa pemain sedia ada serta pemain yang dipilih jurulatih sebelum ini.

Kelantan sudah menukar jurulatih pada musim ini, sama seperti JDT. Kedua-dua pasukan mempunyai masalah hampir serupa di mana selera jurulatih yang di pecat harus diperbaiki jurulatih baru dengan ramuan berbeza. Dan di sini jelas bahawa Kelantan menyedari bahawa setiap jurulatih inginkan kebebasan untuk memilih skuad sendiri.

Walaupun Kelantan menguasai Piala Presiden tetapi pemilihan pemain muda ke skuad senior jarang sekali berlaku.

Dengan Fajr Ibrahim memberi pendapat ikhlas bahawa skuad Kelantan harus dirombak, langkah pertama sudah diambil. Keputusan mengetepik­an beberapa pemain berpengala­man termasuk penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi serta “playmaker” Badri Radzi, akan meletakkan tekanan ke atas jurulatih tetapi boleh membawa hasil jangkamasa panjang di Kelantan.

Posisi penjaga gol bukan mudah untuk diterajui dan pendapat peribadi saya, Khairul Fahmi harus dikekalkan sementara Kelantan mula membina semula pasukan. Seorang penjaga gol yang cemerlang serta stabil amat perlu dalam “rebuilding” pasukan.

“Playmaker” seperti Badri Radzi atau Piya tidak tumbuh di atas pokok tetapi kini, pemain yang terbaik di posisi itu buat sekian lama, kini menjadi satu masalah besar buat Kelantan.

Kita sedia tahu bahawa Itali tidak akan ke Piala Dunia 2018 dan punca kegagalan adalah kerana mereka sangat menghargai kreativiti pemain “playmaker” dan gagal mencari ganti tepat pada waktunya.

Pemain seperti Alessandro del Piero serta Francesco Totti dan Andrea Pirlo dengan sekelip mata mengakibat­kan Itali kehilangan khidmat pemain-pemain berkenaan.

Seperti juga Kelantan yang menjadi begitu terhutang budi kepada Piya tetapi dengan perjalanan usia maka kita lihat kemerosota­n persembaha­n mereka di atas padang. Peluang menggantik­an pemain istimewa seperti Piya bukan mudah dan Fajr Ibrahim harus mencari gandingan tengah berpasukan.

Sementara itu, JDT pula beraksi pertengaha­n minggu di Piala AFC 2018 dan menewaskan Song Lam Nghe An dari Vietnam. Ada beberapa fakta positif yang boleh di ambil daripada keputusan serta persembaha­n di Larkin.

Ketua pasukan, Safiq Rahim, mempamer aksi terbaik dengan motivasi tinggi dan setelah sekian lama kita dapat lihat pemain tengah ini berusaha “box to box”. Pelbagai perkara yang berlaku di kem JDT tetapi Safiq adalah “leader” terutama apabila memakai lilitan ketua pasukan di lengan.

Kita pasti dapat menyaksika­n perlawanan yang hebat antara Kelantan yang sedang membina semula pasukan menentang JDT yang tidak diganggu Piala FA serta Piala AFC. Pembinaan semula Kelantan memerlukan masa serta kesabaran manakala JDT pula tidak ada masalah.

Pemain pasukan Kelantan harus beraksi di tahap terbaik supaya menjadi tonggak era baru sementara pemain JDT akhirnya boleh menumpukan perhatian kepada Liga Super.

 ??  ?? PIYA (kiri).
PIYA (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia