Harian Metro

Izhan tak gentar reputasi Jepun

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penjaga gol skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (gambar) menegaskan dia tidak takut dengan reputasi Jepun selepas kedua-dua pasukan diundi dalam Kumpulan A pada Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur, September depan.

Selain Jepun, skuad kendalian Lim Teong Kim itu juga bakal dicabar oleh Thailand dan Tajikistan dengan masing-masing mahu meraih dua posisi terbaik untuk ke suku akhir kejohanan.

Namun, rekod pertemuan terakhir menentang Jepun ketika pusingan kelayakan di Indonesia tahun lalu menyaksika­n Malaysia tumbang 0-4.

Malah, Thailand menunjukka­n aksi memberangs­angkan di Kejohanan AFF B-15 tahun lalu apabila menamatkan kedudukan selaku naib juara berbanding skuad kebangsaan di tangga keempat.

Begitupun, Sikh yang pernah dijulang sebagai penjaga gol terbaik di satu daripada kejohanan terbesar Eropah percaya, pasukan mampu memberi tentangan kepada semua lawan ketika mereka turut disasarkan layak hingga ke separuh akhir sekali gus meraih slot ke Piala Dunia Remaja B-17 di Peru tahun depan.

“Saya rasa tidak perlu bimbang. Kami cuma harus bermain seperti biasa dan kekalkan tahap kami selain cuba mengelak daripada melakukan kesilapan. Kami boleh menang lawan Jepun atau sesiapa pun,” katanya yang berasal dari Butterwort­h, Pulau Pinang.

Sikh antara tonggak terbaik dalam skuad elit generasi pertama Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) sering mendapat kepercayaa­n Teong Kim untuk mengawal gawang negara dalam mana-mana kejohanan disertai.

Malah, sepanjang empat tahun persiapan pasukan ini pelbagai gelaran berjaya dijulang antaranya

Piala Iber

Costa del

Sol 2015 di

Sepanyol serta Piala

SuperMokh

2016 yang membabitka­n kehadiran kelab ternama dunia.

“Memang kami pernah kalah kepada Jepun tahun lalu, tetapi waktu itu kami tidak turun dengan kekuatan sebenar. Piala AFF juga bukan skuad pertama yang pergi sebaliknya pasukan kedua NFDP.

“Saya yakin kami akan dapat melakukan sesuatu kerana kami akan turun dengan kekuatan sebenar.

“Lagipun, kami semua memang bercita-cita nak main di Piala Dunia dan kami akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia