Harian Metro

RUGI BESAR Dollah pertaruh kesebelasa­n terbaik

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

 Tiga pasukan terpaksa terima hakikat kemenangan ke atas Kuantan FA tidak dikira

Tiga pasukan iaitu FELDA United, Sarawak dan PDRM dilihat mengalami ‘kerugian besar’ selepas kemenangan yang diraih mereka ke atas pasukan Kuantan FA dalam aksi Liga Perdana sebelum ini tidak dikira.

Ia susulan keputusan Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang mengesahka­n bahawa keputusan membabitka­n tujuh perlawanan Kuantan FA dibatalkan selepas pasukan itu digugurkan daripada menyertai saingan musim ini.

Malah, tiga pasukan lain turut terkena tempias iaitu MIFA, UiTM FC dan Pulau Pinang yang bakal kehilangan satu mata selepas tiga pasukan itu seri ketika menentang skuad bimbingan Ismail Zakaria itu.

Namun, situasi berbeza dialami pendatang baru Liga Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menuntut rakan sepasukan supaya melupakan kekecewaan gagal mara ke separuh akhir Piala FA dan Piala AFC Zon ASEAN, sebaliknya fokus menentang Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Safiq mengakui kekecewaan berganda itu ternyata memberi memberi kesan mendalam kepada dirinya dan rakan sepasukan, namun Perdana, UKM FC yang mampu tersenyum lebar selepas kekalahan besar 4-0 kepada Kuantan FA sudah dikira ‘hangus’, sekali gus membantu memperbaik­i kedudukan mereka dan perbezaan jaringan dalam liga.

Menerusi satu kenyataan MFL semalam, pembatalan perlawanan membabitka­n Kuantan FA itu adalah bersifat menyeluruh dan tidak hanya sekadar penolakan daripada segi jumlah pungutan mata.

“Ini bermakna jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan yang sudah berlangsun­g membabitka­n Kuantan FA tidak akan dikira.

“Jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan turut akan dikira sebagai kosong (0),” kata kenyataan itu.

Bagaimanap­un, MFL menegaskan kesalahan Organisasi Teknikal Pertanding­an (OTP) dan perkara tatatertib tetap berkuat kuasa seperti biasa.

“Bagi kesalahan Organisasi Teknikal Pertanding­an (OTP), perkara tatatertib termasuk pengumpula­n kad kuning dan perintah keluar padang / kad merah adalah dikekalkan dan berkuat kuasa seperti biasa.

“Pasukan Kuantan FA akan dikeluarka­n daripada senarai jadual perlawanan dan kedudukan liga. Jadi hanya 11 pasukan saja yang bertanding sehingga penghujung musim 2018,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, gara-gara tidak turun beraksi menentang PDRM dalam aksi Liga Perdana di Stadium Shah Alam 15 April lalu, Kuantan FA terpaksa menerima padah apabila digugurkan penyertaan dalam Liga Malaysia 2018 berkuat kuasa serta merta 20 April lalu.

Keputusan itu diumumkan oleh badan pengendali liga itu yang melihat tindakan kelab bermasalah itu tidak hadir pada perlawanan dan tidak memaklumka­n kepada sekretaria­t MFL satu kesalahan yang berat dalam peraturan Liga Malaysia. dirinya tetapi juga memberi impak positif kepada pasukan menjelang pertemuan menentang Kelantan.

Namun, Safiq memberi amaran kepada rakan sepasukann­ya supaya tidak memandang mudah cabaran The Red Warriors (TRW) walaupun lawan itu dalam proses transforma­si di bawah jurulatih baru, Fajr Ebrahim.

“Malah, saya tidak percaya kami akan berdepan laluan mudah semata-mata kerana Kelantan berada di dasar liga. Kelantan tetap memiliki kekuatan tersendiri dan kami perlu beraksi dengan tenang tanpa tekanan,” katanya. Kuantan: Skuad Pahang akan menurunkan kesebelasa­n terbaik apabila melayan kunjungan Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Ini kerana skuad Tok Gajah tiada pilihan selain mengutip tiga mata untuk memastikan jurang mata dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak ketara.

Justeru, pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahka­n gandingan mantap pemain ketika menewaskan JDT 3-0 pada suku akhir kedua Piala FA akan menjadi nadi skuad itu.

“Pahang tidak boleh tewas atau seri kerana jurang mata dengan JDT selaku pendahulu liga kini empat mata dan perlu menang ke atas Melaka United.

“Jadi, komitmen dan semangat juang tinggi dituntut daripada pemain dan saya percaya kelebihan beraksi di laman sendiri akan membantu skuad Tok Gajah meraih tiga mata,” katanya.

Namun, Mohammed Suffian tidak mahu pemainnya terlalu yakin bagi mengelak diaibkan lawan yang sudah pasti mengidamka­n kemenangan.

Katanya, kekalahan Melaka United 0-3 di tangan Terengganu pada aksi terakhir liga memberi kesan terhadap persembaha­n mereka.

“Nasihat jurulatih (Dollah Salleh) supaya pemain berhati-hati dengan percaturan lawan perlu diberi perhatian.

“Justeru, semua pemain perlu memanfaatk­an segala peluang yang ada kerana kekuatan pasukan juga hasil sokongan padu penyokong,” katanya.

 ?? FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS ?? PEMAIN Kuantan FA, Zarko Korac (kiri) dikawal ketat pemain
FELDA United, Curran Lawrance Singh Ferns pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak awal bulan lalu.
FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS PEMAIN Kuantan FA, Zarko Korac (kiri) dikawal ketat pemain FELDA United, Curran Lawrance Singh Ferns pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak awal bulan lalu.
 ??  ?? SAFIQ (dua dari kanan) pada sesi latihan di Kota Bharu, semalam.
SAFIQ (dua dari kanan) pada sesi latihan di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia