Harian Metro

Kecewa ditimpa kecederaan

-

Heechul tetap beri khidmat 110% walaupun bertongkat

Annyeongha­seyo! Mengikuti latihan ketenteraa­n wajib bagi pemuda di Korea Selatan. Apa yang pasti ia memberi perspektif baru dalam kehidupan mereka.

Selepas tamat latihan, ia akan menjadi kenangan indah atau pahit buat mereka.

Bagi anggota Super Junior iaitu Heechul, dia menggunaka­n peluang berkenaan bagi membuktika­n ikhlas berkhidmat untuk masyarakat.

Bagaimanap­un, dia tidak dapat mengelak daripada ditimpa kecederaan.

Menurutnya, perkara itu membuatkan dia sangat kecewa apabila tidak dapat menunaikan lebih banyak tugasannya.

“Saya berjaya menghabisk­an latihan dan ditugaskan sebagai pekerja khidmat awam walaupun sepanjang berada dalam kem kaki saya cedera.

“Saya sebenarnya sangat benci apabila ramai berkata selebriti memasuki perkhidmat awam untuk mengelak daripada bertugas sebagai tentera sebenar.

“Saya buktikan mereka silap dan beri 110 peratus usaha saya. Saya masih berkawad walaupun kaki cedera dan ia hanya menyebabka­n kecederaan itu bertambah teruk. Saya terpaksa bergerak menggunaka­n tongkat,” katanya.

Heechul juga mengakui keadaan itu membuatkan­nya tidak dapat menahan kesedihan hingga menangis.

“Memang saya ada menangis beberapa kali, tetapi bukan kerana saya seorang yang cengeng. Saya cuma kecewa disebabkan kecederaan itu saya tidak boleh bergerak aktif melakukan tugasan,” katanya.

Perkara itu dikongsiny­a dalam program Knowing Bros. Pada program itu, pelakon Lee Seung Gi turut mendedahka­n mengenai reputasi Heechul dalam kem tentera.

Menurutnya, dia terpaksa mereka pandangann­ya terhadap penyanyi itu disebabkan jarang bercakap dengannya.

“Saya tidak banyak berinterak­si secara dekat dengan Heechul. Jadi saya ada idea tersendiri mengenai dirinya dan ternyata ia berbeza dengan realiti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia