Harian Metro

‘Kami tidak akan berpecah’

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Forteen dalam proses hasilkan single terbaru selepas tampil dengan 10 single

Sebaik muncul dengan single berjudul Apa Ini Cinta tahun lalu, ia turut menyaksika­n kontrak kumpulan Forteen bersama KRU Music tamat.

Selepas tujuh tahun bernaung di bawah syarikat rakaman milik trio KRU, Datuk Norman Abdul Halim, Edry dan Yusry, kini Forteen yang dianggotai Izzue Islam, One, Ameer serta Ariz Lufias perlu berdikari.

Apa yang pasti, walaupun tidak lagi bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman, Forteen tidak akan berpecah. Mereka juga merancang meneruskan apa yang sudah diusahakan KRU Music sebelum ini.

Dakwaan mengatakan Forteen berpecah dan setiap anggotanya membawa haluan sendiri juga tidak benar.

Malah, Forteen kini dalam proses menghasilk­an single terbaru selepas tampil dengan 10 single sepanjang tujuh tahun pembabitan mereka dalam industri muzik tempatan.

Walaupun berita ini menggembir­akan peminat, Forteen sedar cabaran yang perlu dihadapi untuk bergerak sendiri agak besar.

Mewakili anggota Forteen, Ariz berkata, sepanjang bersama KRU Music segalagala­nya disediakan, malah untuk melakukan promosi juga semuanya diaturkan.

“Apabila bergerak sendiri, ada perkara kami perlu berdikari untuk melakukann­ya.

“Bagaimanap­un, sepanjang tujuh tahun bersama KRU Music, banyak ilmu yang kami pelajari termasuk soal pengurusan.

“Ilmu itu kami gunakan bagi memastikan perjalanan kerjaya Forteen terus teratur. Selain itu dengan sokongan peminat yang tidak pernah putus sejak mula penubuhan Forteen hinggalah sekarang turut menjadi pembakar semangat untuk kami,” katanya.

Ameer berkata, setiap daripada mereka perlu bekerja lebih keras selepas ini sebaik single terbaru mula dilancarka­n.

Pada masa sama mereka turut berterima kasih kepada isteri dan juga pengurus Izzue, Awin Nurin yang banyak membantu menguruska­n jadual Forteen.

“Sebelum ini pun Awin selalu membantu menyusun jadual Forteen. Jadi, kerana sudah terbiasa, rasanya kami tidak akan menghadapi masalah untuk meneruskan kerjaya seni,” katanya.

Sejak kontrak bersama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia