Harian Metro

Bayaran biar setanding bakat

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my SHAHRULEZA­D MOHAMEDDIN (PENGARAH/PENERBIT) NAZIM OTHMAN (PELAKON) ZARA ZYA (PELAKON)

Ramai melihat populariti adalah perkara utama berbanding kualiti. Itu juga membuatkan artis yang lebih popular menerima bayaran tinggi walaupun bakat sekadar biasabiasa.

Itulah hakikat dalam bidang lakonan tanah air, sekali gus membuatkan populariti seseorang artis ‘mengganggu’ periuk nasi artis lain yang lebih mahu memartabat­kan bakat.

Namun, ada juga yang menganggap bayaran yang diterima pelakon perlu setimpal dengan bakatnya.

Berikut pendapat beberapa penggiat seni mengenai isu ini. “Terus terang saya cakap, manamana pelakon utama popular yang meletak harga bayaran setinggi langit dan lebih tinggi daripada bayaran yang saya terima, saya tidak akan layan.

Contohnya, jika ada pelakon yang meletak harga sehingga RM8,000 untuk satu episod, saya akan pastikan bayaran yang saya terima lebih tinggi daripada itu.

Sebagai pengarah yang berpengala­man, saya tak perlukan pelakon popular untuk berlakon dalam drama arahan saya kerana saya yang membuatkan mereka popular.

Jadi, kenapa perlu saya membayar mereka untuk jadikan mereka popular? Kepada stesen TV pula, anda perlu pilih antara saya atau mereka.

Antara artis dan pengarah, siapa lebih penting?

Jika stesen TV berasakan adalah lebih penting untuk memenuhi kehendak pelakon, pilih pelakon itu dan suruh budak lepasan SPM menjadi pengarah.” “Jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini, kita ada persatuan contohnya Persatuan Seniman.

Kita boleh usulkan supaya sesuatu dilakukan untuk memperbaik­i keadaan. Ia terlalu subjektif untuk saya berikan komen lebih banyak.

Kepada syarikat produksi, sekiranya tak mahu ambil seseorang pelakon itu kerana harga yang diletakkan terlalu tinggi dan tidak berbaloi, jangan ambil.”

Wujud keadaan populariti ‘ganggu’ periuk nasi artis lain

“Bayaran perlu setimpal dengan hasil kerja seseorang. Jika popular tetapi tidak menghasilk­an kualiti kerja yang baik, tak guna juga.

Bayaran perlulah ikut kredibilit­i pelakon.

Bukan apa. Saya tak mahu ada pihak yang teraniaya terutama pelakon baru yang tak tahu apa-apa.

Zaman sekarang, artis terlalu ramai, tapi kualiti semakin surut. Jadi, kalau ada artis yang lakonannya berkualiti, berikan bayaran yang sepatutnya.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia