Harian Metro

Wira Muslim Bersinar Di EPL

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kehadiran dan kehebatan yang dipamerkan oleh Mohamed Salah ataupun ‘Raja Mesir’ ternyata berjaya mengubah persepsi penyokong di Liga Perdana Inggeris (EPL) terutama sekali membabitka­n peminat fanatik Liverpool walaupun mereka berbeza agama.

Setidak-tidaknya ia mengetepik­an suara sumbang golongan minoriti yang masih lagi taksub terhadap agama masing-masing dan beberapa nyanyian penyokong menarik untuk didengar buat masa ini di England terutama sekali membabitka­n pemain Liverpool, ditujukan khas buat pemain berketurun­an Arab itu.

Salah satu potongan lirik menggambar­kan bahawa pemain beragama Islam itu diangkat oleh penyokong berbunyi “Jika dia cukup baik untuk anda, ia juga cukup baik buat saya, jika dia berjaya menjaringk­an gol, saya juga mahu menjadi seorang Muslim, dia sentiasa berada di masjid, tempat yang saya juga mahu kunjungi”.

Lirik lagu penyokong itu bukan saja memberi kesan kepada Salah seorang saja, malah membuktika­n bahawa tradisi orang Britis masih lagi diamalka i sentiasa bersika ansi dan menghor ag lain).

Sebelum ini kebencian terhadap pemain Muslim sangat menebal terutama membabitka­n penyokong dan pasukan yang mempunyai permusuhan ketat serta diketuai oleh barisan depan peminat fanatik ketika era 70an serta 80-an.

Semuanya berubah apabila muncul pemain seperti

Cyrille Regis iaitu bekas penyerang West Bromwich Albion dan England yang lahir di French Guiana.

Regis adalah sebahagian daripada generasi pemain bukan kulit putih yang mencetuska­n revolusi bukan saja dari segi permainan malah sikap di seluruh England, dengan menghapusk­an segala prasangka, namun disebabkan ramai pemain bintang berkarisma sepertinya masih lagi ada sebahagian kebencian terhadap perbezaan warna kulit.

Kehadiran Salah memperliha­tkan bahawa dia seorang Muslim yang tipikal iaitu sentiasa bekerja keras, berfikiran luas dan sentiasa mengambil tahu mengenai keamanan negara kelahirann­ya.

Dia sentiasa berdoa bersama rakan sepasukan Sadio Mane dan Emre Can, meraikan setiap jaringan dengan melakukan sujud syukur.

Selain itu bintang Manchester United yang juga beragama Islam, Paul Pogba sama seperti rakan seagama lain apabila terkenal dengan sikap mendermaka­n sebahagian gajinya yang besar kepada badan amal.

Turut mengikut jejak langkah sama ialah Riyad Mahrez, yang membantu Leicester City meraih kejuaraan EPL pada 2016 dan bekas rakan sepasukann­ya, N’Golo Kante (sekarang beraksi bersama Chelsea).

Pemain bintang Muslim lain yang mewarnai EPL ialah Mesut Ozil (Arsenal), Yaya Toure (Manchester City), Mamodou Sakho (Crystal Palace) dan Islam Slimani (Newcastle United).

Rata-rata peminat remaja bola sepak beragama Islam di London, Leicester dan Manchester bukan saja terhibur dengan melihat wira mereka beraksi malah turut membabitka­n diri secara serius dalam sukan berkenaan.

Pemain England beragama Islam juga dijangka membanjiri pasukan ternama suatu hari nanti, menyertai pemain yang berdarah kacukan (dari negara lain).

 ??  ?? SALAH
KANTE
SALAH KANTE
 ??  ?? OZIL
OZIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia