Harian Metro

Aman Puji Kehebatan Safiq

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Tidak seperti orang lain yang memuja pemain bola sepak antarabang­sa, pelakon Aman Nassim pula lebih memilih pemain tempatan kerana menganggap kualiti dan kredibilit­i pemain Malaysia sekarang berada di landasan yang baik.

Katanya, antara pemain tempatan yang sering menunjukka­n komitmen dan dedikasi berserta semangat juang tinggi ialah Safiq Rahim.

“Saya suka mengambil contoh pemain tengah terbaik di Malaysia itu kerana kejayaanny­a mendorong saya melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.

“Ketika berada di posisinya, dia berjaya menghubung­kan bahagian serangan dan pertahanan untuk memastikan gol dijaringka­n.

“Perkara itu membuatkan saya kagum dan terinspira­si,” katanya.

Aman atau Abdul Rahman Nassim berkata, Safiq adalah wira sebenar bagi pasukan yang diwakili kerana kesungguha­n dipamerkan setiap kali beraksi sangat baik.

“Untuk skuad negara sebelum ini, dia adalah tulang belakangny­a. Tanggungja­wab yang diberikan dilunaskan dengan baik, malah dia mampu dan bijak menghantar bola kepada rakan sepasukan,” ujarnya yang sedang berjinakji­nak dengan sukan golf.

Aman, 29, yang juga mencuba nasib dan membina karier dalam bidang nyanyian berkata, kehebatan Safiq sebagai pemain bola sepak tidak dinafikan dan menjadi kayu pengukur untuknya lebih bersemanga­t dalam bidang yang diceburi.

“Saya melihat kejayaan yang dicipta sama ada bersama pasukan atau secara individu, dia sangat hebat dan harus dipuji. “Anugerah seperti Pemain Tengah Terbaik, Pemain Tengah Diminati dan Pemain Tengah Paling Bernilai ketika Anugerah Bola Sepak Kebangsaan semakin menguatkan rasa minat terhadapny­a,” katanya.

Turut bermain futsal, Aman yang pernah muncul dengan single, Lafaz Setia pada 2014 dan Cinta PuraPura (2016) berkata, Safiq juga terkenal sebagai pakar sepakan percuma.

“Bermula dari situ, dia terus mengembang­kan kerjaya sebagai pemain bola yang handal. Memang itu yang saya lihat dan jadikan sebagai inspirasi ketika menyanyi atau berlakon. Saya lakukan dengan bersungguh­sungguh.

“Bola sepak memang permainan yang hebat kerana setiap rancangan bijak menerusi pemainnya menentukan kejayaan pasukan.

“Itu yang ada pada Safiq. Kelebihan itu membuatkan dia sebagai pemain bola sepak yang sentiasa diminati,” katanya sambil memberitah­u akan mencari lebih banyak peluang dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Bercerita berkenaan pasukan pilihan, dia berkata Johor Darul

Ta’zim (Johor DT) menarik perhatiann­ya.

Katanya, pasukan itu dibarisi pemain hebat negara dan sering menjadi tumpuan.

“Saya sendiri juga minat kelab itu kerana dedikasi setiap pemain yang mahukan kemenangan.

“Semangat itu yang saya bawa dalam kerja dan mahukan yang terbaik dalam perkara yang dilakukan,” katanya sambil memberitah­u bola sepak adalah sukan yang dapat menjamin kesihatan dan dapat menyatukan.

Tambahnya, pengurusan terbaik

JDT turut menjadi antara faktor kelab itu disukainya.

“Pemain disediakan dengan kemudahan yang terbaik dan semua itu membuatkan mereka tidak pernah jemu membuat latihan.

“Saya memang tidak pernah terlepas untuk menonton perlawanan JDT kerana ia sebuah pasukan yang mampu menjelmaka­n kejayaan,” katanya yang baru selesai penggambar­an drama Yes Sir Nak Ke Mana dan Halalkan

Hati Yang Ku Curi, selain dalam proses menyiapkan lagu terbaru.

 ??  ?? AMAN Nassim
AMAN Nassim
 ??  ?? SAFIQ Rahim
SAFIQ Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia